Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Sunday, February 13, 2011

APA DIA 5S? ... Part I

Apa dia 5S ? ada juga yang mengenalinya dengan Persekitaran Berkualiti (QE), oleh itu 5S/QE adalah perkara yang sama dan amalan ini telah dimulakan di negara Jepun.  Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yang boleh mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan selamat di dalam organisasi dan menentukan kepatuhan kepada piawaian serta dapat memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan (Kaizen).
Konsep Amalan 5S di Malaysia mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980-an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional (seperti kilang-kilang yang berasal dari Jepun seperti Toyota dan seumpamanya). Kini dalam tahun 2000an banyak agensi-agensi Perkhidmatan Awam pula telah mengamalkan Amalan 5S. Bagi memperolehi Pengiktirafan Pelaksanaan Amalan 5S - satu sijil akan dikeluarkan setelah mematuhi proses pengauditan 5S oleh satu badan yang dikenali sebagai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) - dahulunya dikenali sebabagi NPC. Dan kini bagi agensi-agensi sektor awam boleh juga memperolehi pengiktirafan/pensijilan 5S dari MAMPU (Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia)

Penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan ‛S‟ yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal....ingin lebih detail, rujuklah dokumen-dokumen yang telah KyRe@tiF kongsikan ini seperti Amalan 5S MAMPU, MPC, MBSA dan lain-lain. Tetapi kalau nak lagi mudah faham dan informasi yang menarik, marilah daptatkan eBook : 5S YES - Tips & Panduan Amalan Berkesan 5S..... apa tunggu lagi..

Rujuk juga : APA DIA 5S? .... Part II

2 comments:

Rohaizad said...

Bagaimanakah perkembangan terkini 5S? Kebanyakan organisasi menghadapi cabaran untuk mengekalkan 5S. Mungkin boleh dikongsikan.

KyRe@tiF said...

Bagi tahun 2014 -
MAMPU telah menjenamakan semula 5S Sektor Awam dengan nama EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam).
MPC pula dengan kriteria baru bagi konvesyen 5S/QE mereka.. Kini semua ke arah 5S yang bersifat senang untuk dibuat (tidak membebankan agensi) dengan bersifat korporat dan kreatif..
Cabaran untuk kekalkan 5S - kita lihat kembali 5 ke 5 iaitu SENTIASA AMAL.. itulah konsep yg akan kekalkan amalan 5S di agensi..atau dengan kata lain..Sokongan pihak Pengurusan (Bos) amat mustahak utk gerakkan semua aktiviti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...