Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Sabtu, 9 Julai 2011

KREATIF - MyVi Bonet Belakang Rosak?

Kita ni bukan lah pakai kereta mewah.. KyRe@tIF hanya memilik sebuah Perodua MyVi, itu pun beli masa keluaran edisi pertama lagi pada tahun 2005.. so sekarang dah nak dekat 6 tahun memiliki MyVi ini... maklumlah usia dah meningkat, so banyak le masalah yang timbul.. baru-baru ini sistem hidraulik (tongkat belakang bonet - back door stay) rosak.. bila bukak bonet, dia turun 'outomatik' sendiri hi3.. sebab hidraulik dia dah 'haus'..
Tongkat hidraulik Bonet Belakang MyVi
So try tanya-tanya member diorang kata kalau nak tukar/ganti tongkat hidraulik ni dalam kos lingkungan RM150 lebih..emmm dengan time tengah sengkek ni..mana nak cekau duit sebanyak tu.. So dengan kreativiti dan nak jimat kan kos.. maka terhasilah 'Tongkat Paip PVC Bonet Belakang MyVi' hihihi sebagai penyendal bonet berkenaan.
Penyelesaian 'jimat budjet' - pakai paip pvc jee
Langkah nak buat, mudah je.. 4 langkah mudah dan murah..rujuk rajah dibawah:
  1. Hanya dapatkan sejengkal Paip PVC (ukur dulu tongkat bonet kereta anda), dan gergaji besi.
  2. Potong atau belah paip PVC itu (hanya sebelah sahaja)
  3. Terhasilh tongkat PVC berkenaan
  4. Selitkan PVC yang telah dibelah kat batang tongkat hidraulik bonet belakang MyVi..Siap!
Hanya laraskan ke atas dan bawah bila nak gunakan
Siap sudah.. hanya laraskan paip PVC berkenaan (atas dan bawah) apabila nak tongkatkan dia (sebagai penyendal)..mudah je nak buat..janji ada bahan..kos pun murah sesangat.. kalau ada kereta jenis lain yg pakai sistem bonet tongkat hidraulik yang dah rosak, haus, lembik tu..buat mcm ni je laaaa.. semoga kreatif selalu...

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kreatif le bro...tak terpikir sebelum ni..

Pokok Manggis Depan Rumah berkata...

wah... idea yg baik2..
kreatif2..
terima kasih..
Pokok Manggis Depan Rumah

KyRe@tiF berkata...

Sama-sama, sampai sekarang MyVi ku masih dengan 'tongkat' ini. Save budjet..hi3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...