Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Ahad, 10 April 2011

KREATIF - Kesedaran Memelihara Alam Sekitar

Berikut dipaparkan beberapa image/ poster/ gambar mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Gambaran yang ringkas sahaja, tetapi kreativiti menghasilkan idea poster ini amat menarik. Semoga ia menjadi kesedaran buat kita untuk memelihara alam ini untuk generasi sekarang dan akan datang... Oleh itu bersamalah kita menjaga Alam Sekitar  bersama....



Selanjutnya...

Khamis, 7 April 2011

KREATIF - Poster Rokok Yang Menginsafkan!

Apa pandangan anda bila lihat poster ini? Ada rasa nak berhenti merokok tak? insaf? atau.. emmmm biasa-biasa aje.. Tapi ia boleh dikategorikan satu poster yang kreatif dan mendalam maksudnya. Ringkas dan tidak perlu ayat-ayat/kata-kata. Sekali orang tengok, dah faham maksud yang ingin disampaikan...apa lagi boleh le print poster ni dan tampal kat opis.. dah tak payah 'label dilarang' merokok..hahah.. Pasni untuk label-label 5S boleh le pakai mcm ini..hihihi

Selanjutnya...

Selasa, 5 April 2011

5S - Label @ PLUS

Jika kita singgah di R&R PLUS dan diperhatikan, tentu anda perasan dengan label-label yang menarik di hentian ini. Label yang cukup berkesan dan dalam maksudnya adalah label di tempat solat (surau), iaini label arahan untuk mematikan telefon bimbit. Label/poster "Tiada Panggilan Sepenting Seruan Ilahi" amat mendalam maksudnya. Jika diperhatikan juga, label pada tandas, pili air, tempat makan dan sebagainya dibuat dengan kemas dan seragam. Konsep 5S disini, dengan fokus untuk KEMUDAHKESANAN & KOMUNIKASI adalah berjaya. Mungkin kita boleh ambil idea dan kosep yang diterapkan di R&R PLUS ini sebagai rujukan.
Poster/Label 'Larangan Menggunakan Telefon Bimbit'
Setiap Pili Air mempunyai No.Bilangan
Simbol bagi SURAU LELAKI
Label yang Ringkas & Kemas @ PLUS

Selanjutnya...

Sabtu, 2 April 2011

5S - eBook 5S YES!! yang 1st seumpamanya...

Alhamdulilah.. eBook 5S YES!! secara rasminya diterbitkan untuk perkongsian bersama. Seperti yang dijanjikan pada APRIL 2011 ini. Akhirnya, setelah 8 bulan usaha mengumpul maklumat, gambar, draf, cari bahan, kumpul idea, buat pembacaan, rekabentuk semuanya dibuat berperingkat secara tidak sepenuh masa (curi-curi masa free)..muncullah ia dengan versi eBook. Ia merupakan produk sulung KyRe@tiF. Mohon maaf dan mohon tunjuk ajar jika banyak kekurangan dalam penerbitan eBook ini. (susah jugak nak buat buku ni, ingatkan 'kacang' je..hu2). Terimalah dan milikilah eBook ini. Tidak lupa jugak diserta bersama sisipan eBook yang lebih mantap dan penuh tips iaitu SYY!! TIPS AUDIT 5S. Untuk butiran lanjut mengenai eBook ini, sama-samalah kita ke blog ini: http://ebook5s.blogspot.com/ Jom layan...

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...