Melalui amalan 5S / QE..akan terhasillah paparan atau visual yang menarik dalam melabel Susunan fail/dokumen. Dengan konsep untuk memperolehi carian fail dalam atau sebelum 30 saat, pelbagai kaedah, kreativiti dan konsep akan timbul dalam hendak membuat susuan fail ini.
Paling kerap konsep yang digunakan adalah kaedah 'visual' bukit. Dimana susunan fail dilabel dengan dengan meletakkan paparan menaik dan menurun (seperti gambar). Kaedah ini adalah mempercepatkan mudah kesan jika fail hilang, kurang atau dipinjam. Banyak lagi kaedah yang dipratikkan dalam susuan fail ini. Rajin-rajin lah pergi melawat dan buat tinjauan ke agensi yang telah berjaya melaksanankan Amalan 5S. Dengan konsep warna, nombor, gambar, susunan dan pelbagai lagi kaedah yang akan diterapkan bila 5S melanda di tempat kita..
Menarik! Susunan Fail Bergambar (2 in 1) @ JPN Putrajaya |
Penghasilan susunan fail yang kemas bukan sahaja mempercepatkan carian dan simpanan fail, tapi menyemarakkan lagi suasana 'keceriaan' di bilik fail / simpanan dokumen. Hati senang bila nak cari fail. Ayuh susun fail elok-elok dan biar ia jadi sebutan orang. Jika anda mempunyai gambar Amalan 5S yang terbaik, kirimkan kepada KyRe@tiF agar kita dapat berkongsi bersama.
Mantap!! lagi kreatif. Terus letak /view gambar 'gunung' ..menarik! |
1 ulasan:
Satu idea yang kreatif dan tak sangka..bagus..bagus
Catat Ulasan