Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Rabu, 6 Julai 2011

5S - Poster Peringatan Audit 5S

Kat sini nak kongsi satu poster yang direkabentuk oleh KyRe@tiF dalam usaha kita memberi peringatan atau persediaan sebelum sesuatu Audit 5S/QE dijalankan.. kira macam tips menghadapi audit 5S laa. Dengan kata hikmah nya "Mohon ambil PERHATIAN kepada perkara yang kita selalu tidak ambil PERHATIAN".. Mungkin boleh dijadikan rujukan dan idea untuk anda mencipta poster yang lebih kreatif dan berkongsi bersama di Sukses 5S.. 
(kalau berminat nak softcopy poster ni, boleh le emel ke sukses_5s@yahoo.com)

Selanjutnya...

Isnin, 4 Julai 2011

SYABAS - Harimau Malaya

SYABAS!! Harimau Malaya mengaum lagi. Malaysia mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 berdasarkan peraturan kelebihan gol di tempat lawan sekalipun tewas 2-3 kepada Taiwan, semalam. Dengan agregat yang terikat 4-4, dua gol yang dijaringkan di Stadium Perbandaran Taipei sudah cukup untuk meletakkan skuad Harimau Malaya menempah pertemuan seterusnya dengan Singapura pada 23 Julai ini. Syabas dan tahniah juga kepada skuad Harimau Muda, untuk kelayakan Olimpik juga telah mara ke peringkat seterusnya. Kedua-dua skuad ini telah menempa sejarah layak ke peringkat seterusnya sejak bertahun-tahun gagal. Semoga terus Sukses dan  Semangat Sentiasa. 

Saksikan kedua-dua gol jaringan yang disifatkan jaringan terbaeeek.. Jaringan pertama oleh Aidil Zafuan:
Jaringan ke-2 oleh Ketua Pasukan : Safiq Rahim

Selanjutnya...

Ahad, 3 Julai 2011

5S - Lawatan & Taklimat > Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Putrajaya, 30 Jun 2011: Taklimat Audit & Standard 5S telah disampaikan kepada wakil Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam sesi Lawatan 5S ke Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (NRE). Seramai 30 orang wakil dari LTAT telah mengikuti lawatan ini dan mereka cukup semangat dalam sesi lawatan ini. LTAT baru sahaja memperolehi pensijilan Amalan 5S/QE MPC pada tahun 2010. Dan ini merupakan siri lawatan mereka yang ketiga. Berikut antara gambar peristiwa sesi lawatan berkenaan:
Semoga LTAT terus mantap dan kaizen dalam melaksanakan sistem persekitaran berkualiti dan bersama-sama kita terus sukses, semangat dan seronok dalam pelaksanaan kerja harian kita.


Selanjutnya...

Sabtu, 2 Julai 2011

KREATIF - Imej yang 'Pening'

Lihatlah, corak imej ini kalau ditengok lama-lama boleh memeningkan dan memutarkan mata anda. Macammaner ye dia seolah-olah 'hidup' walaupun hanya sekeping 'gambar' atau 'imej'..kreatif..kreatif..

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...