![]() |
| DARI KIRI: BoBoiBoy, Gopal, Ying dan Yaya menambat hati penggemar animasi tempatan dan antarabangsa. |
GELAGAT comel kanak-kanak mempunyai kuasa super menentang makhluk asing bergelar Adudu yang berkepala botak dalam siri animasi tiga dimensi (3D) BoBoiBoy cukup menghiburkan dan mencuit hati penonton. GELAGAT comel kanak-kanak mempunyai kuasa super menentang makhluk asing bergelar Adudu yang berkepala botak dalam siri animasi tiga dimensi (3D) BoBoiBoy cukup menghiburkan dan mencuit hati penonton.
![]() |
| TUNJANG belakang Animonsta Studios (dari kiri) Muhammad Anas Abdul Aziz, Mohd. Nizam, Mohd. Safwan Ab. Karim dan Kee Yong Pin |
Ia sekali gus menjadikan siri animasi BoBoiBoy setanding hasil karya antarabangsa selain antara pilihan siri animasi kanak-kanak pada hari ini.
Bukan sahaja kanak-kanak kecil teruja menonton kelibat kanak-kanak mempunyai kuasa super itu malah, golongan dewasa juga tidak terkecuali dalam menonton siri animasi hasil garapan sulung Animonsta Studios Sdn. Bhd.
![]() |
| ANIMONSTA Studios mempunyai 30 tenaga kerja untuk membikin BoBoiBoy |
![]() |
| PROSES rakaman suara perlu dilakukan dengan teliti. |
Di sebalik hasil karya yang mempunyai durasi selama 11 minit itu, penonton mungkin tidak mengetahui bahawa pembikinan sebuah episod BoBoiboy mengambil masa kira-kira satu bulan untuk disiapkan sepenuhnya.
Pengarah Urusan Animonsta Studios Sdn. Bhd., Mohd. Nizam Abd. Razak berkata, terdapat tiga peringkat utama yang perlu dilalui terlebih dahulu dalam penghasilan siri animasi BoBoiBoy.
Selanjutnya...






