Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Khamis, 24 November 2011

5S - Kertas Pembentangan Konvensyen 5S MPC 2011


Salam Sukses! Bagi rakan-rakan 5S/QE sekalian, berikut dikongsi bersama kertas-kertas pembentangan semasa Konvensyen 5S MPC 2011 yang berlangsung pada 19-20 Oktober 2011 yang lalu. Salinan hasil semua pembentangan ini telah di kumpul oleh pihak urus setia (MPC) dan telah di CD kan, seterusnya di beri kepada peserta yang telah hadir. CD berkenaan saya telah terima dari saudara Alhanzoli. (TQ bro..) Sejumlah 46 agensi yang terlibat dalam Konvensyen ini, dan dari CD berkenaan hanya 35 kertas pembentangan yang dapat dikongsi. Selebihnya terdapat masalah teknikal untuk dipaparkan. Kepada yang berminat akan kertas-kertas pembentangan amalan 5S bagi agensi-agensi berkenaan, bolehlah isikan borang maklum balas dibawah atau emel ke ksukses5s@gmail.com dengan menyatakan no KOD bagi kertas pembentangan berkenaan. Semoga perkongsiaan ini dapat memberi manfaat kepada semua dalam memantapkan lagi 5S/QE di negara kita. Sukses selalu..

note: Dapatkan Kertas Pembentangan ini dengan menyatakan KOD KZxx pilihan anda dan emel ke  KyRe@tiF
Mohon gunakan emel ksukses5s@gmail.com - emel sukses_5s@yahoo.com ada masalah
Antara Kertas Pembentangan adalah dari Johan Konvensyen 5S 2011 berkenaan iaitu TNB Kulaijaya. 
Lain-lain adalah dari Agensi Kerajaan dan Swasta seperti MODENAS, CMS, HICOM, TNB (Muar, Pahang, Jitra, Langkawi, Muar, Melaka), MD Cameron Highland, MP Alor Gajah, KD Pelandok, JUPEM Kedah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, JPN Kelantan dan banyak lagi..

DAPATKAN DVD KOLEKSI KERTAS PEMBENTANGAN KONVENSYEN 5S/QE MPC 2010,2011 & 2012

Selanjutnya...

Selasa, 22 November 2011

SYABAS MALAYSIA - Juarai Emas Bola Sepak Sukan Sea 2011

Sukses! Sukses! Sukses! Sukses! Sukses! Harimau Malaya atas perjuangan tinggi untuk mempertahankan Pingat Emas dalam acara bola sepak Sukan Sea 2011 di Jakarta malam tadi. Cukup mendebarkan perlawanan akhir ini yang berlangsung dalam 120 minit dan ditentukan dengan sepakan penalti.. Peh!! memang mantap dan  rasa bangga atas usaha skuad OKS - Harimau Malaya ini.. ysememangnya layak sebagai skuad terbaik di Asia Tenggara.

Berita penuh @ Utusan Malaysia 22.11.2011: 
JAKARTA - Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; ‘ibu’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia.
Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka di kaca televisyen malam tadi.
Tidak mengapa kita ketinggalan pada awal permainan.
Wira-wira kita tidak mengalah, sebaliknya mereka bangkit dengan segera untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengawal permainan, sekali gus membuatkan kira-kira 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam.
Bermula dari saat itu, perlawanan berlangsung agak seimbang menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pada waktu sebenar permainan, malah 30 minit tambahan pun tidak berkesudahan.
Setiap kali penjaga gol sensasi kita, Khairul Fahmi Che Mat diperlukan, dia tidak pernah mengecewakan dan semalam dia membuktikan keupayaannya sekali lagi, komitmen yang sering kali ditunjukkannya apabila dengan tenang menyelamatkan sepakan penalti Ferdinan Sinaga.
Dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar; salah seorang anggota skuad yang menjuarai temasya Vientianne dua tahun lalu melaksanakan tugasnya untuk mempertahankan pingat emas buat kali pertama sejak 1979 yang mana ketika itu turut dilakar di Jakarta.
Tangisan para penyokong Laskar Garuda adalah difahami. Bukan saja tewas di bumi sendiri, malah sudah dua dekad tidak mengecapi kejayaan sejak mereka menang di Manila 1991.
Indonesia mungkin telah meraih 170 pingat emas (setakat pukul 12 tengah malam semalam dan jumlah itu dijangka terus bertambah pada hari terakhir hari ini), namun terlepas pingat emas bola sepak sudah tentu sesuatu yang mendukacitakan. Andai mampu merangkul 200 emas sekali pun, luka mereka tidak akan terubat.

Syabas sekali lagi, semoga sukses selalu!!!

Selanjutnya...

Selasa, 15 November 2011

KREATIF - Mangga Kunci -Kreatif Tak Kena Tempat!

Mangga ada macam-macam jenis.. tapi bukan buah mangga ye. Kali ni KyRe@tiF nak berkongsi tentang Mangga Kunci yang kita gunakan, tetapi sedarkah anda akan fungi dan keberkesanan mangga kunci anda itu .. Di sini, ada beberapa gambar yang dikumpul KyRe@tiF yang boleh buat anda senyum sendirian melihat gelagat orang yang menggunakan Mangga Kunci ini. Tapi ingat dalam Amalan 5S, kunci / aspek KESELAMATAN amat penting. Oleh itu jangan amalkan kaedah kunci mangga sedemikian. Jom layan..

Selanjutnya...

Rabu, 9 November 2011

KREATIF - Logo Dilarang Merokok

Kebiasaanya kita selalu nampak LOGO/ SIMBOL ' Dilarang Merokok/No Smoking' yang jenis bulat sahaja, seperti rajah di bawah. Tetapi hasil kreativiti, logo-logo 'No Smoking' yang di buat berbeza dari selalu. Sekali pandang kita dah tahu, dengan merokok ia boleh merosakkan hati, gigi, jantung dan seumpamanya.. Boleh le buat logo sedemikian di tempat kerja anda dalam melaksanakan Amalan 5S/QE.. Dengan logo ini, perokok tegar dah tahu kesan dari merokok..hi2.. ok semoga Sukses & Kreatif selalu..
Logo 'Larangan Merokok' yang biasa dilihat
Logo 'Larangan Merokok' luar biasa dan kreatif

Boleh jua rujuk kreativiti bagi POSTER ROKOK yang menginsafkan di post sebelum ini....

Dan Logo NO.E-ROKOK : http://sukses5s.blogspot.com/2013/07/kreatif-logo-dilarang-e-rokok.html

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...