Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Isnin, 12 Mac 2012

5S - Poster SEBELUM SELEPAS 5S

Dikongsi bersama satu lagi poster untuk kegunaan bersama. Poster SEBELUM & SELEPAS 5S KyRe@TiF ini adalah menggambarkan keadaan sebelum dan selepas dalam pelaksanaan Amalan 5S yang digambarkan dengan 'perkataan awalan S' ia dalam format PDF, jika berminat untuk dapatkan softcopy poster berkenaan, mohon isi Borang Maklum Balas di bawah.. Sukses Selalu!!

Selanjutnya...

Jumaat, 9 Mac 2012

KREATIF - Pertandingan Cipta Logo Inovasi Melaka

Satu Pertandingan Mencipta Logo Inovasi Jabatan Ketua Menteri Melaka telah diadakan. Tarikh tutup penyertaan adalah 30 Mac 2012. Butiran lanjut dan Borang Penyertaan, sila ke link berkenaan : http://www.melaka.gov.my/index.php/bm/berita-terkini-mb/636-pertandingan-mencipta-logo-inovasi-2012.html

Selanjutnya...

Ahad, 4 Mac 2012

Safee Yang Menunggang?

Emmm... korang pernah dengar ayat ni tak ? Safee Yang Menunggang?.. Siapa yang biasa lalu lebuhraya PLUS akan ternampak le perkataan ini. Satu papan iklan besar yang memaparkan wajah Safee Sali dengan ayat sedemikian akan membuat kita tertanya-tanya.. apakah kebenda yang ditunggang nya.. rupa-rupanya Safee telah menjadi Duta Jenama bagi produk motosikal ini. Sejak bulan Februari 2012 yang lalu iklan ini telah terpacak. Sebelum ni pun Safee dah ada 2-3 produk yang menggunakan khidmatnya sebagai Duta. Baru-baru ini telah membuat iklan 100 PLUS (dah pandai si Safee ni berlakon).
Iklan SYM @ PLUS Area Bangi -Kajang
Banyak jugak iklan ini dipasang sepanjang highway.kalau dari KL ke Selatan akan perasan di Bangi, Kajang, Nilai, Machap, Skudai.. Startegi syarikat ini kira menjadi laa.. sebab orang akan tertanya-tanya apa dia SYM?, kenapa Safee Menunggang?, so orang akan membuat carian apa SYM dan jualan meningkat laa.. so jenama ini akan ternama le..hi3.
Sumber Web : SYM - Safee Duta Jenama
Untuk mengetahui lanjut akan syarikat motor ini, boleh lah ke link berkenaan http://sym.net.my/
Ok untuk pesanan kepada Safee semoga makin Sukses di padang mahu pun luar padang. Sejak jadi Jutawan ni, makin glamour ye. Sekian Majulah Sukan Untuk Negara, Jom Menunggang Bersama Safee.. hi2..Sukses Sokmo..

Selanjutnya...

Jumaat, 2 Mac 2012

Ruang Pejabat Bersih, Tingkat Prestasi Pekerja

Salam Jumaat, berikut dikongsi sebuah artikel dari akhbar Berita Harian mengenai Ruang Pejabat Bersih Tingkat Prestasi Pekerja - seperti yang kita tahu Amalan kebersihan adalah sebahagian dari agama Islam dan dalam Amalan 5S juga dia adalah Fokus utama iaitu Kebersihan. Jom baca dan hayati - Amalan membudayakan kebersihan jadi terapi minda, kekang tekanan tugas.
Keratan Akhbar ini diperolehi dari blog 5S :  http://5spajpm.blogspot.com/

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...