Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Khamis, 2 Ogos 2012

KREATIF : Gadjet @ Info Ramadan

Hab rujukan pada bulan puasa

Sumber : Akhbar Kosmo oleh ADLAN JAAFAR



PADA tahun-tahun sebelum ini, Asrol Iberahim akan mendengar radio atau membaca surat khabar harian untuk mendapatkan waktu solat terutamanya pada bulan Ramadan untuk berbuka puasa. Apabila teknologi telefon pintar menjadi fenomena, melayari internet ketika berada di luar benar-benar menyenangkan lelaki berusia 29 tahun itu. Dia hanya perlu menaip alamat laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada skrin sesentuh telefon untuk mendapatkan waktu solat yang diyakini.

"Mak saya pula gemar memasak jadi, kerap juga saya melayari laman web resipi untuk dicetak. Ayah juga selalu hendak pinjam telefon saya, katanya mahu mendengar ceramah dalam laman YouTube atau membaca artikel berkaitan agama pada bulan puasa," ujar Asrol ketika ditemui di Cheras, Kuala Lumpur.

Jika diperhatikan terutamanya di laman-laman sosial Facebook mahupun Twitter, apabila menjelang bulan Ramadan kebanyakan orang berebut-rebut mengemas kini status dan berkongsi pautan yang berbentuk keagamaan. Namun, sejauh mana kebenaran panduan yang diberikan sukar untuk disahkan lebih-lebih lagi yang melibatkan keagamaan dan perkara yang jarang kedengaran, kata Asrol.

Pada pendapatnya, jika terdapat sebuah laman web yang menjadi hab merangkumi semua keperluan yang selalu dicari pada bulan Ramadan dan diyakini sahih, ia pasti menyenangkan orang ramai. Sehubungan itu, sempena kedatangan bulan Ramadan 1433 Hijrah yang jatuh pada tarikh 21 Julai lalu, enjin carian yang dikenali ramai, Yahoo! memperkenalkan laman web khusus untuk Ramadan.

Dikenali sebagai laman Ramadan Mubarak, ia boleh diakses dengan menaip alamat berikut, http://my.news.yahoo.com/ramadan_mubarak/.




Selanjutnya...

Selasa, 24 Julai 2012

KREATIF : Pertandingan Nama Panda

Kepada yang kretif dan idea banyak, moh kita pikir-pikir nama yang sesuai nak bagi kat pasangan PANDA ini. 'Pertandingan Menamakan Pasangan Panda'.. Yang seperti sedia maklum, pihak kerajaan China akan beri pinjam sepasang panda selama 10 tahun untuk dijaga oleh Malaysia di Wetland, Putrajaya. Dah si panda ni datang sini, so kena ada nama dia le.. takkan nak panggil Mamat dan Minah!! haha.. Tarikh tutup 31 Ogos 2012, apa-apa pun, untuk butiran lanjut, layari link berkenaan untuk penyertaan secara online http://www.nre.gov.my/Malay/Lists/PaparPengumuman.aspx?ID=120



Selanjutnya...

Isnin, 23 Julai 2012

5S - Tahniah!! Kolej Komuniti Bandar Darul Aman

TAHNIAH!! Buat Kolej Komuniti Bandar Darul Aman, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KKBDA) atas penganugerahan Sijil Pelaksanaan Amalan 5S/QE MPC pada 9 Julai 2012 yang lalu. KKBDA merupakan kolej komuniti di bawah KPTM yang PERTAMA menerima Sijil 5S MPC ini. Sekali lagi tahniah dan hasil berkat usaha semua warga KKBDA yang tidak mengenal erti penat lelah, pahit manis dan idea kreatif, maka berbaloi lah ia dan semoga menjadi rujukan semua kolej komuniti satu Malaysia. Teruskan usaha dan kecemerlangan dan sukses selalu!!!

Perkongsian bersama melalui FaceBook KKBDA akan maklumat pengumuman oleh MPC
https://www.facebook.com/photo.php?v=439395922749545

Selanjutnya...

Jumaat, 20 Julai 2012

SALAM RAMADHAN 1433

Alhamdulilah, dapat ketemu kita kembali dengan bulan mulia ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih berkat kita laksanakan, pertingkat amalan yang dikerjakan..
KEDATANGANMU DINANTI, PEMERGIANMU DITANGISI..    SALAM RAMADHAN

Untuk dapatkan poster ini : KP03_Poster 5S @ Ramadhan, emel atau isi borang di bawah (format PDF-A4 size)

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...