Hab rujukan pada bulan puasa
Sumber : Akhbar Kosmo oleh ADLAN JAAFAR
PADA tahun-tahun sebelum ini, Asrol Iberahim akan mendengar radio atau membaca surat khabar harian untuk mendapatkan waktu solat terutamanya pada bulan Ramadan untuk berbuka puasa. Apabila teknologi telefon pintar menjadi fenomena, melayari internet ketika berada di luar benar-benar menyenangkan lelaki berusia 29 tahun itu. Dia hanya perlu menaip alamat laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada skrin sesentuh telefon untuk mendapatkan waktu solat yang diyakini.
"Mak saya pula gemar memasak jadi, kerap juga saya melayari laman web resipi untuk dicetak. Ayah juga selalu hendak pinjam telefon saya, katanya mahu mendengar ceramah dalam laman YouTube atau membaca artikel berkaitan agama pada bulan puasa," ujar Asrol ketika ditemui di Cheras, Kuala Lumpur.
Jika diperhatikan terutamanya di laman-laman sosial Facebook mahupun Twitter, apabila menjelang bulan Ramadan kebanyakan orang berebut-rebut mengemas kini status dan berkongsi pautan yang berbentuk keagamaan. Namun, sejauh mana kebenaran panduan yang diberikan sukar untuk disahkan lebih-lebih lagi yang melibatkan keagamaan dan perkara yang jarang kedengaran, kata Asrol.
Pada pendapatnya, jika terdapat sebuah laman web yang menjadi hab merangkumi semua keperluan yang selalu dicari pada bulan Ramadan dan diyakini sahih, ia pasti menyenangkan orang ramai. Sehubungan itu, sempena kedatangan bulan Ramadan 1433 Hijrah yang jatuh pada tarikh 21 Julai lalu, enjin carian yang dikenali ramai, Yahoo! memperkenalkan laman web khusus untuk Ramadan.
Dikenali sebagai laman Ramadan Mubarak, ia boleh diakses dengan menaip alamat berikut, http://my.news.yahoo.com/ramadan_mubarak/.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan