Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Khamis, 18 Oktober 2012

MAHA 2012

MAHA International 2012
(Malaysian Agriculture , Horticulture & Agrotourism International Show)
23rd Nov to 2nd Dec 2012, MAEPS Serdang Selangor


Selanjutnya...

Selasa, 9 Oktober 2012

5S - Pemasangan Label Sisi / Tepi

Dalam mencapai fokus 5S yang berkesan, salah satu fokus 5K adalah KOMUNIKASI, antara cirinya adalah menghasilkan label/simbol/logo yang berkesan, menarik, jelas dan nyata. Disini K' akan berkongsi kaedah pemasangan Label secara 'sisi' atau 'tepi'. Kaedah ini akan memudahkan pengguna untuk ke lokasi atau mengetahui tempat dengan lebih tepat dan cepat. Selalunya label pasang tepi ni sesuai untuk ke 'Tandas', sebab ia mudah untuk dikesan, terutamanya bagi mereka yang nak 'cepat' ke 'bank' hi2
 


 

Selanjutnya...

Rabu, 3 Oktober 2012

KREATIF - Unik & Inovatif Tak Kena Tempat!!

Kalau nak buat 'jahat' tu, idea kreatif akan datang mencurah-curah.. Baru-baru ini, merujuk keratan akhbar Metro (26/9/2012) bertajuk : "Menyamar Jadi Kerusi Untuk Ke Sepanyol" . Seorang lelaki Guinea sangup menjadi kerusi penumpang kereta untuk meyeludup secara haram ke negara berkenaan. Dengan inovasinya, tempat duduk asal kereta berkenaan boleh dimuatkan seorang dan sanggup pulak kawan dia duduk atas 'kerusi' tu.. Macam-macam hal...



Selanjutnya...

Rabu, 12 September 2012

5S - Konsep 'Parking' & 'Label' @ IKEA

Anda tentu pernah pergi IKEA @ Damansara (Malaysia) kan?.. kalau yang tak pernah pergi tu, rasa macam tak logik pulak.. sebab ia selalu diperkatakan, dan ia merupakan gedung membeli belah 'perabot' dan 'perkakasan rumah' yang terbesar, moden, design yang unik, murah dan menarik. Konsep perniagaan dari negara Sweden ini memang lain dari yang lain. Tetapi di sini nak cerita sikit pasal konsep 'label' dan 'parking' yang dipratikkan bagi troli dan beg shoping mereka. Jom kita lihat gambar-gambar berikut:

'Parking' untuk troli hanya dengan 'label P' sahaja, pengguna akan memahaminya
Contoh : Troli yang di 'parking'
Untuk simpanan/parking Beg Shoping, konsep 'lukisan' diterapkan
Menarik dan kreatif, 'parking' Beg Shoping @ IKEA
 
 

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...