Sumber : Kosmo 23 Mei 2013
Mudah dan senang di bawa ke mana-mana sahaja
Oleh SUHANA VERU
suhana.veru@kosmo.com.my

PENGGUNAAN buku elektronik atau e-Book masih kurang popular dalam kalangan masyarakat di negara ini memandangkan tidak ramai yang mahu mengambil inisiatif untuk mencubanya.
Buku elektronik merupakan sejenis medium penyampaian maklumat yang merujuk kepada penggunaan data elektronik sebagai buku, namun rakyat di negara ini dilihat lebih gemar membaca buku fizikal atas faktor kepuasan.
Begitupun, perkara itu tidak menghalang Pengarah Urusan Xentral Methods Sdn. Bhd., Faiz Al-Shahab, 33, melancarkan laman web, portal www.e-sentral.com.my pada tahun lalu.
Portal berkenaan menawarkan pelbagai jenis buku dalam bentuk e-Book. Lebih menarik, bahan bacaan itu boleh dibaca terus menerusi telefon pintar dan komputer.
Mengulas lanjut mengenai e-Book, Faiz memberitahu, portal berkenaan menyediakan lebih 15,000 judul buku dalam bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Perancis dan Sepanyol.
Namun, fokus utama portal tersebut adalah untuk mempromosikan buku tempatan.
Kebanyakan buku berkisar tentang perniagaan, biografi, komik, teknologi maklumat, novel cinta dan penyiasatan.Kesemua buku itu pada asalnya merupakan buku yang dicetak oleh syarikat penerbitan tempatan selain bahan daripada penulis bebas.
Akses e-Sentral
Menyentuh mengenai cara untuk membaca buku-buku tersebut, anak jati Selangor itu memberitahu, pembaca perlu melayari laman web di www.e-sentral.com.my menerusi telefon pintar, tablet, komputer dan komputer riba.
Blog Sukses 5S
"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<
Khamis, 23 Mei 2013
KREATIF : e-Sentral Portal e-Book 1st @ Malaysia
Selasa, 21 Mei 2013
Senyum @ Selasa - Siri 2
Suatu hari Selasa di kelas Satu Strawberi:
Cikgu : Mata Kucing ada berapa?
Murid : 2, Cikguuuu..
Cikgu : Kaki Kucing ada berapa?
Murid : 4, Cikguuu..
Cikgu : Kucing ada bulu tak?
Murid : Ada cikgu...
------------
Cikgu : Telinga Kucing ada berapa?
Murid : Cikgu ni TAK PERNAH tengok Kucing ke????
Cikgu : #%$@*&^(*@$#
Selasa, 14 Mei 2013
Senyum @ Selasa -Siri 1
Kisah lembu dan manusia
LEMBU: Aku makan rumput. tuan makan apa?
LELAKI: Aku makan nasi. kita tak sama.
LEMBU: tuan tidur di mana?
LELAKI: Aku tidur atas tilam. engkau tidur dalam kandang. mana nak sama.
tiba-tiba kedengaran laungan azan....
LEMBU: itu suara apa?
LELAKI: Seruan azan mengajak bersembahyang.
LEMBU: tuan tak sembahyang?
LELAKI: tidak.
LEMBU: samalah kita
Rabu, 8 Mei 2013
5S @ Jabatan Perikanan Sabah
Jabatan Perikanan Sabah telah memperolehi Pensijilan Amalan 5S/QE pada Disember 2012, dan kini dalam usaha untuk mengembangkan pelaksanaan 5S ini ke 27 buah Pejabat Perikanan Daerah di negeri Sabah. Tahniah dan Syabas kepada Jabatan / Agensi ini yang bersemangat dah berusaha meng'5S' kan ke seluruh jabatan di negeri tersebut. Berikut di kongsi beberapa info berkenaan pelaksanaan 5S di Jabatan Perikanan Sabah. Kepada agensi yang hendak buat lawatan 5S di sekitar Sabah bolehlah hubungi Anita A.Roman (Fasilitator & Penyelaras JK Pelaksanaan Amalan 5S Jab.Perikanan Sabah), dan pihak KyRe@tiF mengucapkan terima kasih kepada Anita dan Sukses Selalu kepada agensi ini moga terus Sentiasa Amal!!
Antara gambar/maklumat yang dapat dikongis adalah Majlis Pelancaran Pensijilan Amalan 5S, Pengauditan 5S oleh MPC, Zon-zon yang terlibat dan Impak pelaksanaan 5S :
Terdapat 7 Zon di Jabatan Perikanan Sabah (Ibu Pejabat), dimana setiap Zon dinamakan dengan nama hidupan marin
Berikut 6 impak dalam Pelaksanaan Amalan 5S di agensi ini:
Semoga Sukses Selalu Sejahtera Sentiasa!!
Selanjutnya...
Langgan:
Catatan (Atom)






