Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Jumaat, 4 November 2011

5S - Mini Konvensyen 5S NRE 2011

Atur cara Konvensyen 5S NRE 2011
31 Oktober, Putrajaya : Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah berjaya menganjurkan Mini Konvensyen 5S NRE 2011 buat kali ke-4 dengan jayanya. Aktiviti ini telah menjemput semua agensi dan jabatan dibawah NRE mempersembahkan pelaksanaan Amalan 5S/QE ini dengan memberi fokus kepada impak pelaksanaannya. Antara impak 5S kepada organisasi adalah:
  1. Penjimatan Ruang dan Masa
  2. Penjimatan Tenaga Eletrik dan Air
  3. Penggunaan Barang Kitar Semula
  4. Penggunaan Aset Kerajaan (Lebih Efisien)
  5. Kepuasan Pelangan Dalaman dan Luaran
  6. Impak kepada Kerja Hakiki
  7. Kreativiti dan Inovasi Kakitangan
  8. Keseronokan Bekerja
Antara Jabatan/Agensi yang mengambil bahagian dalam Konvensyen 5S NRE ini adalah Jab.Alam Sekitar, JPS, FRIM, JUPEM, Jab.Taman Laut, NAHRIM, PERHILITAN, INSTUN, Jab.Perhutanan, JKPTG. Dan bagi mengadili persembahan setiap pasukan, 3 juri jemputan telah diundang, iaitu:
  • En. Muhammad bin Omar (Wakil MPC)
  • Pn. Rozita binti Mohd.Rosli (Wakil Bhg.Pinjaman Perumahan)
  • Wakil MAMPU
Syabas atas penganjuran aktiviti sedemikian, semoga ia dapat diteruskan di masa hadapan dan menyemarakkan lagi amalan 5S/QE ini. Dikongsi bebarapa gambar bagi aktiviti berkenaan. Sukses selalu....
Suasana Acara berlangsung @ Dewan Baiduri, NRE

Peserta dan Tetamu yang hadir
Antara Persembahan dari wakil Agnesi/Jabatan
Acara Penutup : Ulasan Juri dan Penyampaian Cenderahati
Menarik & Kreatif ! Kuih 5S - diberi kepada peserta yang dapat menjawap soalan kuiz 5S

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...