Jika mengikut pandangan KyRe@TiF, negeri Melaka adalah antara negeri Pelaksana Amalan 5S/QE yang secara menyeluruh. Ada terdengar juga bahawa Melaka ingin menjadi Negeri Pertama Negeri 5S!!.. satu matlamat yang baik dan disokong. Jika diperhatikan, sudah banyak agensi, organisasi kerajaan/ swasta, sekolah, klinik, masjid dan sebagainya telah melaksanakan 5S/QE ini.. Syabas.
Baru-baru ini, ada kesempatan atas urusan ke Wisma Negeri Melaka, dan amat 'menyedapkan' mata memandang akan pelaksanaan 5S di sana. Dan salah satu agensi di Wisma Negeri berkenaan yang telah melaksanakan Amalan 5S adalah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Melaka (PTG Melaka).
Berikut dikongsi, antara gambar-gambar yang sempat dirakam untuk perkongsian bersama:
|
Laman Utama PTG Melaka dengan Paparan Sijil 5S MPC dan Kualiti |
|
Antara amalan / Sistem Label yang berkesan |
|
Pemilihan warna di Kaunter Urusan PTG amat Ceria |
|
Pemandangan Tenang dan Kemas di sekitar pejabat |
|
Sudut 5S Induk Wisma Negeri Melaka |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan