Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Rabu, 18 April 2012

5S @ MASJID

Pernahkan anda mendengar Amalan 5S di laksanakan di Masjid?. selalu kita dengar 5S dilaksanakan di pejabat, kilang, luar persekitaran, klinik, hospital, dan sekarang Sekolah-sekolah sedang giat laksanakan 5S/QE ini.. Secara tidak rasmi surau pun kita buat 5S juga (sebab dah dalam premis pejabat/ kawasan pelaksanaan).. Tetapi untuk masjid, ia adalah langkah yg amat positif dan jika berjaya dilaksanakan secara keseluruhan.. amatlah dibangga kan. Kerana fokus 5S yang pertama KEBERSIHAN adalah juga perkara utama dalam agama Islam.

Andai kata 5S @ Masjid berjaya, banyak perkara yang dapat diatasi, antaranya:
  • Kebersihan luar dalam - sudah semestinya
  • Tempat Wudu' - Bersih dan ada label/nombor
  • Tong Sampah / Selipar dll tersusun
  • Sejadah / Telekong - ada rak khas dan tersusun
  • Al-Quran dan Buku-Buku Agama - adal label dan nombor
  • Alat Pemadam Api - kedudukan diketahui dan ada Pelan Kecemasan
  • Lampu / Kipas - Semua ada label dan memudahkan
  • Tandas - Mudah ditemui oleh pelawat, bersih, ada penjaga, labeling..
  • Penjimatan Air dan Eletrik - menguntungkan
  • dan Banyak lagi leee.. harap-harap sukses le agenda seumpama ini..
Dan baru-baru ini, pada 13 April 2012, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah melancarkan Pelaksanaan Amalan 5S / Persekitaran Berkualiti di Masjid.. majlis yang berlangsung di Auditorium Masjid Al-Azim, Melaka ini juga disertakan sekali dengan Kempen Kitar Semula. Berikut dikongsi gambar-gambar semasa Majlis Pelancaran 5S Masjid dan Kempen Kitar Semula yang diperolehi daripada saudara Mohd Ridwan (JAIM) dan untuk butiran lanjut dan gambar-gambar boleh ke blog promosi5sjaim.blogspot.com



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...