Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Isnin, 18 Februari 2013

5S - Sentiasa Amal @ Bahagian Pinjaman Perumahan, MOF

Terlebih dahulu diucapkan Tahniah buat Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Kementerian Kewangan (MOF) di Putrajaya atas pelaksanaan Amalan 5S/QE secara berterusan. Sehingga tahun 2013, mereka telah melaksanakan Amalan 5S ni selama 7 tahun. Peh ! Mantap! kerana dapat mengekalkan pensijilan 5S berkenaan, dan prinsip Sentiasa Amal.. itu yang penting.
Dan bagi tahun 2010 adalah detik terhebat BPP apabila dianugerahkan JUARA Anugerah 5S/QE Peringkat Kebangsaaan (Kategori Sektor Awam Agensi Kerajaan Persekutuan). Sebagai pusat rujukan dan kunjungan pelanggan dalam urusan pinjaman perumahan, warga BPP masih mempunyai masa untuk mengekalkan kecemerlangan ini.

K' ada buat urusan di BPP baru-baru ini dan melihat 'pengekalan' mereka yang baik, budi bahasa warga dan senyuman yang diberikan, banner, poster dan sijil/piala yang dimenangi disusun rapi serta dipamerkan.

Berkat Amalan 5S juga, MoF telah diberi penarafan 5 Bintang bagi Penilaian Star Rating MAMPU pada tahun 2012.

Semoga jabatan/agensi yang melaksanakan Amalan 5S/QE terus mantap dan mencontohi BPP. Semuga Sukses & Sejahtera Selalu!!

Antara Sijil, Piala dan Anugerah yang dipamerkan

Petikan Kejayaan 5S BPP dalam Buletin BPP

Antara 'promosi' yang berkesan

Suasana Kerja dan Monitor PC Setiap Warga BPP

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...