Di Malaysia, kesedaran mengenai pentingnya elemen 5S dalam persaingan semakin meningkat. Banyak agensi telah berjaya menunjukkan bahawa mereka telah membangunkan satu sistem pentadbiran berlandaskan pelaksanaan 5S dan bilangan organisasi yang mendapat perakuan ini semakin meningkat.
Contoh Sijil-Sijil 5S MPC |
Proses Pensijilan 5S MPC
- Satu pasukan juruaudit akan mengaudit tempat kerja (organisasi) seperti mana yang disyaratkan untuk mendapatkan sijil
- Sijil akan dianugerahkan oleh MPC kepada organisasi yang telah mengamalkan 5S dengan jayanya
Pendaftaran Pensijilan 5S MPC
Mana-mana organisasi yang ingin mendaftar untuk mendapatkan Sijil 5S/QE, hendaklah mengisi borang yang disediakan oleh MPC.
Tempoh untuk memperbaharui Sijil ini adalah 1 tahun, dan organisasi berkenaan perlu menghubungi MPC untuk menjalani sesi pengauditan 5S/QE semula untuk tahun berikutnya.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
NOTA: Bagi sektor awam (kerajaan), kini ada pilihan untuk memperolehi Pensijilan 5S, antara dari MPC atau dari pihak MAMPU. Ini kerana MAMPU juga telah mengeluarkan Sijil Pelaksanaan Amalan Perskitaran Berkualiti nya yang tersendiri, dan proses untuk memperolehi sijil ini berbeza sedikit dengan MPC. Dan yang 'best'nya, sijil 5S MAMPU ini kuatkuasa selama/tempoh 3 tahun!!

Contoh : Sijil Amalan 5S - MAMPU |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan