Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Khamis, 12 Disember 2013

1001 INVENTIONS : Pameran Kegemilangan Islam

Jom, sempena cuti sekolah ini, bawalah keluarga kita ke Pameran yang hebat ini :
1001 Inventions Di Malaysia :

Pameran blockbuster, 1001 Inventions yang telah memenangi anugerah, merupakan sebuah pameran tentang pencapaian Tamadun Muslim dalam sains dan teknologi. Pameran ini telah bermula pada pertengahan 2013 sebagai pameran ulung kali di rantau Asia. Pameran yang mendedahkan 1,000 tahun dalam sains dan teknologi di Pusat Sains Negara. Pameran ini akan berakhir pada 28 Febrauari 2014. Butiran lanjut : http://www.1001inventions.com.my/bm/index.php



Layari laman Facebook “1001 Inventions: Kegemilangan Tamadun Muslim.”

TEMUI WARISAN TAMADUN ISLAM

Tamadun
 Muslim telah bermula dari Sepanyol hingga ke China. Bermula dari abad ke-7, para cendekiawan lelaki dan wanita dari pelbagai latarbelakang dan budaya telah membina ilmu dari tamadun purba, dan telah menemui pelbagai ciptaan yang mempunyai kesan di dunia kita masa kini. Terokai Warisan Tamadun Islam menerusi zon-zon permulaan ini:
Home

School

Market

Hospital

Town

World

Universe

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...