Berikut keratan akhbar Harian Metro (21 Oktober 2014) berkenaan aktiviti dalam pelaksanaan Amalan 5S di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), dengan tajuk 5 Minit Saja...
5 minit saja
Satu siri 'Kempen 5S' mengisi program perhimpunan bulanan anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi memupuk kesedaran dan motivasi dalam kalangan anggotanya mengenai amalan Konsep 5S.
Bertempat di Dewan Tan Sri Abu Zahar, Menara LPP, Jalan Sultan Salahuddin, program gotong-royong perdana itu dihadiri lebih 400 kakitangan pelbagai jawatan.
Pelbagai acara diaturkan antaranya, Gimik Pelancaran Kempen Amalan 5S '5 Minit Selepas Waktu Kerja' dan Penyampaian Anugerah Tokoh Bulanan.
Turut diadakan aktiviti penyampaian kit peralatan gotong-royong, tayangan video LPP dan amalan 5S. Majlis itu disempurnakan Pengerusi LPP, Datuk Zainal Dahalan. Hadir sama, Ketua Pengarahnya, Datuk Arpan Shah Satu.
Kempen itu bagi memupuk kesedaran anggota LPP termasuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) untuk mengamalkan Konsep 5S.
Setiap peserta dikehendaki menjadikan 5S sebagai amalan harian dengan memperuntukkan kira-kira lima minit sebelum pulang membersihkan ruang masing-masing.
Amalan 5S adalah alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima lima langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan 'S'.
Ia bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun diringkaskan menjadi 5S.
Perkataan itu diterjemahkan semula ke dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.
Amalan 5S adalah budaya memilih cara kerja yang lebih sesuai dan menghasilkan impak yang lebih praktikal melalui persekitaran kerja yang kondusif.
Di Malaysia, konsep Amalan 5S mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980-an dan dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat multinasional.
Kini banyak agensi perkhidmatan awam mengamalkan Amalan 5S malah ada yang mendapat pengiktirafan menerusi persijilan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Sumber Harian Metro : See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3129?m=1#sthash.zuQeAwh3.dpuf > sab@hmetro.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan