Salam Aidiladha buat semua umat Islam, pada 10 Zulhijjah 1435 yang jatuh pada Ahad 5 Oktober 2014 ini, marilah kita bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)
Berikut beberrapa amalan yang dianjurkan bagi menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Aidiladha) adalah:
(sumber http://shafiqolbu.wordpress.com/)
SEBELUM 10 ZULHIJAH
- Memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah
- Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya Aidiladha
- Bersederhana dalam persiapan menyambut raya bagi mengelakkan pembaziran
PAGI 10 ZULHIJAH
- Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya
- Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah
- Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan
- Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga
- Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha
- Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid
- Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh
- Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)
- Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan
- Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai
- Bersedekah kepada mereka yang memerlukan
- Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan