Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Jumaat, 6 Mei 2011

Akupun Blogger Gak!

'Akupun Blogger Gak' adalah satu kempen untuk menghimpunkan semua blogger kat Malaysia serta berkongsi pengalaman dan idea untuk menyemarakkan dunia maya ini.. KyRe@tiF turut serta dalam kempen ini, hasil daripada maklumat saudara Zool dari blog Ligakampung
Bercerita bagaimana terjebak dalam dunia blog ini, KyRe@tiF baru sahaja berjinak-jinak dalam blog-blog ini 3 bulan lalu (tarikh 11.02.2011) ingat tarikh tu sebab diterbalik pun tarikh itu dia tetap 2011.. memberi idea dan perkongsian kreativiti adalah tujuan utama blog SUKSES 5S di lahirkan. Disamping memberi idea dan tips dalam melaksanakan Amalan 5S/ Persekitaran Berkualiti (QE) agar persekitaran kerja lebih bersih, tersusun, sistematik dan meningkat produktiviti. Sebab nak dapat Sijil Amalan 5S dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) banyak cabarannya...hanya yang telah melalui detik-detik pelaksanaan 5S je tahu 'azab' nya.. so dengan sedikit pengalaman dan pegetahuan, KyRe@tiF berkongsi dengan semua panduan, tips, gambar dan sebagainya. Rasa seronok dan puas apabila dapat membantu rakan-rakan (yang memang kita tak kenal langsung) secara maya dengan pelbagai kehendak yang mereka mahu dan yang berkaitan. 
Cuma dalam nak menjadi blogger ini, kita perlu kreatif dalam untuk mencari idea dan bentuk persembahan agar pembaca seronok dan mudah ikuti hasil 'penulisan' kita. Akhir kata Syukur Selalu, Sejahtera dan Sukses Sentiasa..Jom kita semarakan kempen 'Akupun Blogger Gak"....

Selanjutnya...

Selasa, 3 Mei 2011

5S - Sebelum & Selepas

Dalam pelaksanaan Amalan 5S/ QE (Persekitaran Berkualiti) perkara yang tampak jelas akan keberkesanannya adalah impak SEBELUM & SELEPAS, sebab itu lah kita perlu merakam/ tangkap gambar banyak-banyak keadaan sebelum 5S bagi persekitaran yang berkenaan. Ini juga adalah bukti bagi pelaksanaan Amalan 5S telah dibuat. Seelok-eloknya gambar 'sebelum' dan 'selepas' 5S perlu diambil diposisi yang sama. Ini akan memudahkan kita menilai hasil keberkesaan 5S. Ingat! sebelum proses 'sisih' buat operasi tangkap gambar 'sebelum' terlebih dahulu..Berikut disertakan satu contoh gambar sebelum dan selepas bagi Ruang Meja Kerja Pegawai.
Berikut contoh gambar SEBELUM & SELEPAS 5S - Ruang Kerja




Dan dalam 5S jugak, jangan kite ter'over' hias!. dengan warna-warna, hiasan gantung-gantung,  susun atur tersendiri, poster, gambar yang tak sepatutnya dan lain-lain. Takut nanti orang akan beranggapan yang pelaksanaan 5S ini akan menjadi makin 'huru-hara'.. oleh itu bab-bab hiasan atau 'make-up' ini haruslah jangan jadi keutamaan. nanti jadi macam ni pulak ruang meja kerja kita..hahahah..
SELEPAS 5S !! - Terlebih sudah!! pink gitu!! - gambar sekadar hiasan

Selanjutnya...

Isnin, 2 Mei 2011

SUKAN - Safee Sali 55


KyRe@tiF minat dan sokong penuh dengan skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya.. dan penyerang kebangsaan yang paling Sensasi adalah si Safee Sali Kini beliau bermain sebagai penyerang untuk pasukan Pelita Jaya Indonesia, merupakan pemain bola sepak Malaysia yang pertama bermain di Liga Super Indonesia. Minggu lepas beliau ada balik Malaysia untuk bercuti kejap. Yang menariknya di kelab Pelita Jaya, dia memakai jersi bernombor 55 (tak tahu le pulak dalam bola sepak no. jersi boleh sampai banyak itu, ingatkan 1 hingga 24 sahaja, hi4)..sebab apa no. 55? kerana 55 adalah SS (Safee Sali), nasib baik tak 5S! hahaha. Dan sehingga kini pencapaian beliau amat membanggakan kerana telah mejaringkan 5 gol bagi 8 perlawanan!. bagus..teruskan tak cukup 5 gol sahaja. Ok lah Safee Sali, Semangat Sentiasa Semoga Sukses Sumbat Score Sebanyaknya!!

Selanjutnya...

Ahad, 1 Mei 2011

SELAMAT HARI PEKERJA

KyRe@tiF mengucapkan Selamat Hari Pekerja (Labour Day) kepada semua..(semua orang mesti kerja kan)..tapi yang paling best hari ini adalah CUTI..hi2..(sampai Isnin maa) selamat merehatkan diri.. tenangkan fikiran dan tanamkanlah semangat, berkerja penuh didikasi, proaktif, positif, kreatif, inovatif dan macam-macam 'tif; lagi..Sukses

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...