Dalam pelaksanaan Amalan 5S/ QE (Persekitaran Berkualiti) perkara yang tampak jelas akan keberkesanannya adalah impak SEBELUM & SELEPAS, sebab itu lah kita perlu merakam/ tangkap gambar banyak-banyak keadaan sebelum 5S bagi persekitaran yang berkenaan. Ini juga adalah bukti bagi pelaksanaan Amalan 5S telah dibuat. Seelok-eloknya gambar 'sebelum' dan 'selepas' 5S perlu diambil diposisi yang sama. Ini akan memudahkan kita menilai hasil keberkesaan 5S. Ingat! sebelum proses 'sisih' buat operasi tangkap gambar 'sebelum' terlebih dahulu..Berikut disertakan satu contoh gambar sebelum dan selepas bagi Ruang Meja Kerja Pegawai.
Berikut contoh gambar SEBELUM & SELEPAS 5S - Ruang Kerja |
Dan dalam 5S jugak, jangan kite ter'over' hias!. dengan warna-warna, hiasan gantung-gantung, susun atur tersendiri, poster, gambar yang tak sepatutnya dan lain-lain. Takut nanti orang akan beranggapan yang pelaksanaan 5S ini akan menjadi makin 'huru-hara'.. oleh itu bab-bab hiasan atau 'make-up' ini haruslah jangan jadi keutamaan. nanti jadi macam ni pulak ruang meja kerja kita..hahahah..
SELEPAS 5S !! - Terlebih sudah!! pink gitu!! - gambar sekadar hiasan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan