'Akupun Blogger Gak' adalah satu kempen untuk menghimpunkan semua blogger kat Malaysia serta berkongsi pengalaman dan idea untuk menyemarakkan dunia maya ini.. KyRe@tiF turut serta dalam kempen ini, hasil daripada maklumat saudara Zool dari blog Ligakampung.
Bercerita bagaimana terjebak dalam dunia blog ini, KyRe@tiF baru sahaja berjinak-jinak dalam blog-blog ini 3 bulan lalu (tarikh 11.02.2011) ingat tarikh tu sebab diterbalik pun tarikh itu dia tetap 2011.. memberi idea dan perkongsian kreativiti adalah tujuan utama blog SUKSES 5S di lahirkan. Disamping memberi idea dan tips dalam melaksanakan Amalan 5S/ Persekitaran Berkualiti (QE) agar persekitaran kerja lebih bersih, tersusun, sistematik dan meningkat produktiviti. Sebab nak dapat Sijil Amalan 5S dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) banyak cabarannya...hanya yang telah melalui detik-detik pelaksanaan 5S je tahu 'azab' nya.. so dengan sedikit pengalaman dan pegetahuan, KyRe@tiF berkongsi dengan semua panduan, tips, gambar dan sebagainya. Rasa seronok dan puas apabila dapat membantu rakan-rakan (yang memang kita tak kenal langsung) secara maya dengan pelbagai kehendak yang mereka mahu dan yang berkaitan.
Cuma dalam nak menjadi blogger ini, kita perlu kreatif dalam untuk mencari idea dan bentuk persembahan agar pembaca seronok dan mudah ikuti hasil 'penulisan' kita. Akhir kata Syukur Selalu, Sejahtera dan Sukses Sentiasa..Jom kita semarakan kempen 'Akupun Blogger Gak"....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan