Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Selasa, 7 Jun 2011

KREATIF - Bahasa Melayu Terkini?

Emm..zaman teknologi canggih ni, dengan perkembangan yang pesat dan banyak perubahan. Bahasa Melayu (BM) kita pun banyak berubah.. kreatif kah remaja dan pelajar sekarang? kerana bahasa dan ayat dalam BM pun boleh di'canggihkan'..ikuti laporan Berita Harian ini..

Bahasa terlarang
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my
2011/06/07

CONTOH bahasa ringkas SMS yang diguna remaja.
CONTOH bahasa ringkas SMS yang diguna remaja.
Guru kesan ayat ringkas SMS, chatting digunakan pelajar dalam peperiksaan Bahasa Melayu
KUALA LUMPUR: Fenomena pelajar sekolah menulis karangan menggunakan bahasa singkatan SMS dan bahasa sembang siber atau chatting, semakin serius selepas kemunculan pelbagai laman interaktif serta laman sosial di internet seperti Facebook dan Twitter.
Kebiasaan menggunakan bahasa singkatan itu menyebabkan pelajar terbawa-bawa ketika menulis karangan subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan, sekali gus menjejaskan mutu karangan dan mempengaruhi jumlah markah.
Antara bahasa singkatan yang digunakan ialah Askm bagi menggantikan Assalamualaikum, tidak (X); yang (yg); bila (bla); masa (mse); saya (sy); telefon (tpon/fon); dengan (ngan/dgn); terima (tima) dan sebab (coz).
Perkara itu diakui guru sekolah yang mendakwa ia semakin kronik disebabkan kebanyakan pelajar terlalu asyik melayari laman sosial sama ada menerusi komputer atau telefon bimbit untuk berinteraksi.


Justeru itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengeluarkan panduan singkatan SMS bahasa Melayu bagi penggunaan umum, dan bukannya digunakan pelajar dalam pemeriksaan awam.

Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz, berkata kecenderungan masyarakat terutama remaja dan pelajar sekolah yang gemar mencipta singkatan SMS bahasa Melayu pelik hanya boleh difahami rakan sebaya.

Katanya, lebih membimbangkan, golongan ini semakin biasa menggunakan bahasa SMS dalam pelajaran sehingga terbawa-bawa ketika menulis karangan yang akhirnya menjejaskan keputusan peperiksaan dalam subjek Bahasa Melayu.Guru bahasa Melayu, Noor Hafizah Jauhari, berkata gejala itu menyebabkan beban guru bertambah kerana perlu memberi tumpuan lebih kepada pelajar untuk menasihat dan menegur supaya tidak terus menggunakan bahasa SMS dalam penulisan formal.

“Dulu, penggunaan bahasa singkatan SMS hanya terbatas menerusi telefon bimbit saja, tetapi kini pelajar terdedah kepada teknologi, internet dan laman sembang sosial terutama Facebook. Lama-kelamaan pelajar menjadi biasa menulis jawapan atau mengarang menggunakan singkatan SMS. Kebiasaan ini boleh menjejaskan markah peperiksaan kerana setiap kesalahan ejaan dalam subjek Bahasa Melayu akan menyebabkan pemotongan tiga markah maksimum,” katanya yang mengajar di sekolah berasrama penuh di Melaka.

Beliau berkata, kadang-kadang ada guru terpaksa menghukum pelajar menulis menggunakan bahasa SMS dengan mengarahkannya menulis perkataan formal sebanyak 100 kali sebagai pengajaran bagi memastikan mereka tidak mengulangi kesilapan.Guru Cemerlang Bahasa Melayu dari Segamat, Mohd Noor Abdullah, berkata pengaruh internet di kalangan pelajar mendominasi cara penulisan karangan peperiksaan, sekali gus mencacatkan mutu karangan.Katanya, pelajar bukan saja menggunakan bahasa SMS, malah menulis ayat pendek, bahasa songsang dan bahasa rojak disebabkan kebiasaan menulis seperti itu dalam laman sembang internet.

“Ia amat mendukacitakan guru bahasa Melayu kerana pelajar bukan saja dikesan melakukan kesalahan ejaan, malah membina ayat pendek dan tergantung serta melanggar tatabahasa. Lebih teruk lagi ada pelajar mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris atau membuat ejaan baru dalam karangan yang akhirnya mewujudkan pelbagai versi ayat atau perkataan baru dalam penulisan mereka,” katanya.

Berikutan itu, Mohd Noor berkata, beberapa langkah perlu dilaksanakan bagi menangani perkembangan tidak sihat itu, termasuk menggalakkan guru mengajar bukan bahasa Melayu lebih kerap menggunakan bahasa formal atau baku bagi mengelak pelajar keliru atau gagal menguasai tatabahasa Melayu.

Katanya, setiap pelajar juga perlu sedar perbezaan penggunaan bahasa baku dengan bahasa harian dalam penulisan, manakala ibu bapa pula bertanggungjawab mendidik anak menggunakan bahasa perbualan di rumah yang tidak merosakkan bahasa Melayu.

Sementara itu, guru panitia Bahasa Melayu sebuah sekolah di Melaka, Rohana Karno berkata, masalah penggunaan singkatan SMS dalam penulisan atau karangan peperiksaan bergantung kepada tahap pencapaian seseorang pelajar dan status sesebuah sekolah sama ada sekolah biasa atau berasrama penuh. “Masalah itu mungkin kurang berlaku di kalangan pelajar yang belajar di sekolah berasrama atau sekolah kluster kerana majoriti pelajarnya bijak atau cemerlang. Namun, perkara itu tetap mendapat perhatian guru bagi mengelak ia menjejaskan prestasi sekolah,” katanya.

Selanjutnya...

Ahad, 5 Jun 2011

Seminar Standard Amalan 5S/QE @ Melaka

Melaka, 2 Jun 2011 : KyRe@tiF dan rakan-rakan berpeluang menghadiri Seminar Sehari Pembangunan Standard/Piawaian Sistem Persekitaran Berkualiti Kriteria Baru Standard Amalan 5S / QE MPC anjuran Pejabat SUK Negeri Melaka dan Institut Pengurusan dan Integriti Melaka (INSPIM). Seminar ini fokus kepada cadangan pelaksanaan kriteria baru dalam melaksanakan 5S/QE. Pembentangan telah disampaikan oleh pegawai MPC (Perbadanan Produktiviti Malaysia) Y.Bhg.Tn.Hj.Omar bin Osman. 
Seminar Standard 5S/QE @ Melaka - 2 Jun 2011
Penyertaan pelbagai organisasi termasuk agensi luar Melaka
Sebahagian peserta seminar
Hampir 100 peserta menyertai seminar ini
Antara mereka yang hadir
Kriteria baru pelaksanaan Amalan 5S dibentangkan
Nota Standard Baru 5S & Konvensyen 5S/QE
Antara topik yang dibentangkan adalah: 
     1. Standard Baru QE
     2. Cadangan Kriteria Audit (Draf)
     3. Kriteria Baru Konvensyen QE 2011
(jika berminat untuk dapatkan handout nota ini, bolehleh emel ke suskses_5s@yahoo.com)
Seminar sedemikian amat berguna kepada agensi yang akan melaksanakan dan telah memperolehi pensijilan 5S, dan akan meneruskan pensijilan berikutnya dan selanjutnya menyertai konvesyen 5S/QE anjuran MPC. Seramai hampir 100 peserta telah menghadiri seminar ini dan KyRe@tiF berpeluang berkenalan dengan ramai pengiat 5S di Melaka. Syabas diucapkan kepada kerajaan negeri Melaka dan INSPIM atas kejayaan menganjurkan seminar ini. Semoga kita terus sukses dalam meningkatkan kualiti kerjaya dan diri.

Selanjutnya...

Sabtu, 4 Jun 2011

SENYUM - Jom Layan Kartun - Part 4

Senyum Selalu..hilang Stress...layannnn


Selanjutnya...

Jumaat, 3 Jun 2011

Karnival Inovasi Islam 2011

Salam Sukses!! Karnival Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan 2011 sedang berlangsung dari 2 hingga 5 Jun 2011 ini bertempat di Perkarangan Masjid Negara dan Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.. Apa lagi sempena cuti sekolah ni, boleh le bawak anak-anak lihat pelbagai inovasi dan aktiviti menarik di sana.

Pelbagai atur cara telah disusun, masuk percuma.. karnival ini adalah anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan termasuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Penganjuran karnival yang bertemakan “Inovasi Teras Tamadun Ummah” ini merupakan kali kedua diadakan selepas penganjuran pertama dilaksanakan dengan jayanya pada 5-8 Ogos 2010 bertempat di Masjid  Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Ia dianjurkan bagi menyahut saranan YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia supaya produk-produk inovasi dan penemuan baru dalam bidang hal ehwal Islam dapat ditonjolkan kepada masyarakat.

Karnival pada tahun ini juga mencatit sejarah tersendiri apabila Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Wathiqul Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah perkenan untuk berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Inovasi Islam yang berlangsung pada 2 Jun 2011 (Khamis). Klik sini untuk Aturcara Karnival Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan 2011.


Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...