Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Jumaat, 3 Jun 2011

Karnival Inovasi Islam 2011

Salam Sukses!! Karnival Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan 2011 sedang berlangsung dari 2 hingga 5 Jun 2011 ini bertempat di Perkarangan Masjid Negara dan Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.. Apa lagi sempena cuti sekolah ni, boleh le bawak anak-anak lihat pelbagai inovasi dan aktiviti menarik di sana.

Pelbagai atur cara telah disusun, masuk percuma.. karnival ini adalah anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan termasuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Penganjuran karnival yang bertemakan “Inovasi Teras Tamadun Ummah” ini merupakan kali kedua diadakan selepas penganjuran pertama dilaksanakan dengan jayanya pada 5-8 Ogos 2010 bertempat di Masjid  Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Ia dianjurkan bagi menyahut saranan YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia supaya produk-produk inovasi dan penemuan baru dalam bidang hal ehwal Islam dapat ditonjolkan kepada masyarakat.

Karnival pada tahun ini juga mencatit sejarah tersendiri apabila Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Wathiqul Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah perkenan untuk berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Inovasi Islam yang berlangsung pada 2 Jun 2011 (Khamis). Klik sini untuk Aturcara Karnival Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan 2011.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...