Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Isnin, 2 April 2012

Super Safee - Komik Bola Terbaru!!



Berita baik untuk mereka pengemar Komik dan Bola Sepak, kini sebuah komik baru dilancarkan iaitu Komik Super Safee.. (dilancarkan pada 30 Mac 2012)

Mengisahkan perjalanan kisah hidup Safee Sali sebagai pemain bola sepak.. kira ala-ala buku komik Anak-Anak Sidek lee maca dulu-dulu.. Nak tahu lanjut beli le komik ni.. RM 6.90 saje.. keluaran pertama..

BUTIRAN LANJUT:

Super Safee #1: Kelahiran Bintangoleh Froggypapa
Harga: RM 6.90 / RM 7.90
Tarikh Terbit: 30 Mar 2012
Jumlah Muka Surat : 112
Penerbit: PTS Pop Sdn Bhd

SINOPSIS : Buat pertama kalinya, kehidupan pemain bola sepak Malaysia diabadikan dalam bentuk komik! Saksikan pelbagai kisah lucu, drama, seram(?) dan bermacam-macam lagi yang disedut daripada sudut kehidupan sebenar Safee Sali sejak kecil hingga berjaya menjadi bintang bola sepak negara.

Semua pendapatan daripada komik ini akan didermakan kepada pusat kebajikan. Semoga anda terhibur membaca komik ini

Selanjutnya...

Khamis, 29 Mac 2012

KREATIF - UTM Anjur Festival Inovasi & Kreativiti 2012

Sumber : Berita Harian

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menganjurkan Festival Inovasi dan Kreativiti 2012 bertemakan 'UTMost Imagination' yang berlangsung selama empat hari mulai hari ini sehingga Ahad di kampusnya dekat Skudai di sini.

Pelbagai acara menarik diadakan sempena festival itu yang mampu menarik pengunjung terutamanya pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk perlumbaan kereta solar, pengesanan sistem pengesanan global (GPS), cabaran graviti, pertandingan membina menara serta mewarna menggunakan tablet.

Selain itu festival berkenaan juga akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Angkasawan Negara, Mejar Dr Faiz Khaleed, yang akan bersama pengunjung pada Jumaat dan Sabtu serta kelas animasi bersama maskot kartun popular, Boboi Boy, setiap hari mulai jam 9 pagi hingga 5 petang.

Selanjutnya...

Isnin, 26 Mac 2012

SENYUM - Jom Layan Kartun - Part 10

Sumber : www.cartoonrama.blogspot.com

Selanjutnya...

Selasa, 20 Mac 2012

5S - Taklimat @ Kursus Audit Dalaman 5S - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak

17 Mac 2012 - Lumut, Perak : Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak (JKSM Perak)telah menganjurkan Kursus Audit Dalaman Amalan Persekitaran Berkualiti 5S selama 3 hari bermula dari 16-18 Mac 2012 yang lalu, bertempat di Teluk Batik Resort, Lumut, Perak. Objektif kursus ini adalah :
  • Memahami keperluan dan kepentingan melaksankan audit dalaman 5S sebagai satu mekanisma ke arah membudayakan amalan 5S yang berterusan;
  • Memeberi pendedahan yang tepat tentang kaedah, prinsip dan piawaian 5S dalam melaksanakan aktivti audit dalaman yang efektif dan adil;
  • Memperluaskan cetusan idea dalam merancang dan menguruskan keputusan audit sebagai penunjuk dan rekod peningkatan amalan 5S; dan
  • Membangunkan kebolehan, keupayaan dan kemahiran juruaudit dalaman agar lebih berkeyakinan dalam melaksankan tugas auditan 5S.
Antara peserta yang menghadiri kursus Audit Dalam 5S JKSM Perak
KyRe@TiF dijemput untuk menyampaikan taklimat bagi kursus ini dan telah berkongsi pengalaman dalam Taklimat Pelaksanaan 5S/QE (Ok ke Tak OK) dan Tip Audit 5S. Seramai 29 peserta yang mewakili Jabatan (JKSM Perak) bagi setiap daerah di negeri Perak telah hadir dalam menjayakan aktiviti ini.

Kursus ini telah dirasmikan oleh Y.A.A Dato' Hj.Muhamad Asri bin Hj.Abdullah selaku Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Perak. Komitmen yang ditunjukkan oleh peserta dalam menjayakan kursus ini amat membanggakan disamping sokongan penuh oleh YAA Dato' yang turut serta mendengar taklimat bersama peserta selama kursus ini berlangsung.

Y.A.A Dato' Hj.Muhamad Asri bin Hj.Abdullah @ Kursus Audit 5S JKSM Perak
Pihak urus setia kursus juga telah menyediakan program yang padat dan merangkumi semua aspek dalam melahirkan juruaudit dalaman 5S yang mantap. Antara pengisian program kursus ini adalah Perbincangan Kriteria Auidt 5S Jabatan, Taklimat dan Perkongsian Pengalaman dari Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (NRE), Lawatan dan Latihan Amali Audit 5S di MRS Manjung dan Taklimat Audit 5S oleh wakil MPC Wilayah Utara.
Suasana semasa Kursus Audit 5S JKSM Perak - 16-18 Mac 2012
Terima kasih atas kemudahan dan kemesraan warga JKSM Perak selama KyRe@TiF disana. Diharap amalan 5S/QE di negeri Perak terus mantap dan khususnya bagi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak terus Sukses dan Sejahtera selalu.

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...