17 Mac 2012 - Lumut, Perak : Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak (JKSM Perak)telah menganjurkan Kursus Audit Dalaman Amalan Persekitaran Berkualiti 5S selama 3 hari bermula dari 16-18 Mac 2012 yang lalu, bertempat di Teluk Batik Resort, Lumut, Perak. Objektif kursus ini adalah :
- Memahami keperluan dan kepentingan melaksankan audit dalaman 5S sebagai satu mekanisma ke arah membudayakan amalan 5S yang berterusan;
- Memeberi pendedahan yang tepat tentang kaedah, prinsip dan piawaian 5S dalam melaksanakan aktivti audit dalaman yang efektif dan adil;
- Memperluaskan cetusan idea dalam merancang dan menguruskan keputusan audit sebagai penunjuk dan rekod peningkatan amalan 5S; dan
- Membangunkan kebolehan, keupayaan dan kemahiran juruaudit dalaman agar lebih berkeyakinan dalam melaksankan tugas auditan 5S.
KyRe@TiF dijemput untuk menyampaikan taklimat bagi kursus ini dan telah berkongsi pengalaman dalam Taklimat Pelaksanaan 5S/QE (Ok ke Tak OK) dan Tip Audit 5S. Seramai 29 peserta yang mewakili Jabatan (JKSM Perak) bagi setiap daerah di negeri Perak telah hadir dalam menjayakan aktiviti ini.
Kursus ini telah dirasmikan oleh Y.A.A Dato' Hj.Muhamad Asri bin Hj.Abdullah selaku Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Perak. Komitmen yang ditunjukkan oleh peserta dalam menjayakan kursus ini amat membanggakan disamping sokongan penuh oleh YAA Dato' yang turut serta mendengar taklimat bersama peserta selama kursus ini berlangsung.
Y.A.A Dato' Hj.Muhamad Asri bin Hj.Abdullah @ Kursus Audit 5S JKSM Perak |
Suasana semasa Kursus Audit 5S JKSM Perak - 16-18 Mac 2012 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan