Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Khamis, 29 Mac 2012

KREATIF - UTM Anjur Festival Inovasi & Kreativiti 2012

Sumber : Berita Harian

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menganjurkan Festival Inovasi dan Kreativiti 2012 bertemakan 'UTMost Imagination' yang berlangsung selama empat hari mulai hari ini sehingga Ahad di kampusnya dekat Skudai di sini.

Pelbagai acara menarik diadakan sempena festival itu yang mampu menarik pengunjung terutamanya pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk perlumbaan kereta solar, pengesanan sistem pengesanan global (GPS), cabaran graviti, pertandingan membina menara serta mewarna menggunakan tablet.

Selain itu festival berkenaan juga akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Angkasawan Negara, Mejar Dr Faiz Khaleed, yang akan bersama pengunjung pada Jumaat dan Sabtu serta kelas animasi bersama maskot kartun popular, Boboi Boy, setiap hari mulai jam 9 pagi hingga 5 petang.


Festival kali ini turut dimeriahkan dengan pameran ‘Jom Masuk UTM’ untuk membuka minat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) serta lepasan ijazah melanjutkan pengajian mereka ke universiti berkenaan.

Pengarah UTM, Dr Abdul Rashid Husain, berkata festival itu diadakan di Padang Kawad UTM membolehkan orang ramai melihat lebih dekat produk reka cipta dan inovasi yang dihasilkan penyelidik dan mahasiswa universiti berkenaan. Katanya, festival yang bercirikan interaktif dan kreatif itu juga menjadi landasan kepada penyelidik dan mahasiswa UTM untuk mempromosi produk penyelidikan masing-masing.

Maklumat lanjut program itu boleh didapati dengan menghubungi 07-5536353 atau 013-7319360 atau emel kepada utmostimagination@utm.my atau layari www.utm.my/utmost.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...