Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Ahad, 8 Julai 2012

5S - Konvensyen ICC & 5S/QE Wilayah Timur 2012

Sedikit berita mengenai Konvesyen ini yang berlangsung pada 4-5 Julai 2012 di Kuantan, Pahang.Berita lanjut, diperolehi dari Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pahang:

pic 1 icc
YH. Dato' Mahadiah (tengah) sempat bergambar kenang-kenangan bersama Team Balora dari Majlis Daerah Maran di Konvensyen ICC dan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) Wilayah Timur 2012

Konvensyen ICC Wilayah Pantai Timur 2012 Catat Penyertaan Terbesar

Ditulis pada hari Jumaat, 06 July 2012 09:42

Bukit Gambang, Kuantan..Penganjuran serentak Konvensyen Kreatif dan Inovatif (ICC) dan Konvensyen Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) Wilayah Pantai Timur 2012 mencatatkan penyertaan terbesar dengan 71 kumpulan kreatif dan inovasi mewakili pelbagai jabatan kerajaan dan syarikat swasta di Pantai Timur.

Konvensyen anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Pantai Timur ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 4 dan 5 Julai 2012 di Bukit Gambang Resort City, Kuantan. YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Muhammad Safian bin Ismail dalam ucapan semasa merasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah konvensyen berkenaan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak MPC kerana memilih negeri Pahang sebagai tuan rumah pada kali ini.

Beliau juga turut menyatakan bahawa pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang amat komited dalam usaha pembaharuan dan inovasi dalam perkhidmatan awam demi memberikan manfaat terbaik kepada rakyat. Teks ucapan beliau dibacakan oleh YH Dato' Hajjah Mahadiah binti Haji Mohamad, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan).

Turut hadir ialah Tuan Haji Ahmad Fadzil bin Mahmud, Timbalan Ketua Pengarah MPC dan Encik Kamaruzzaman Kassim, Pengarah MPC Wilayah Pantai Timur.

Dalam konvensyen berkenaan, Majlis Daerah Maran telah berjaya menjulang Anugerah Emas manakala dua kumpulan daripada Majlis Daerah Bera telah memperolehi Anugerah Perak. Bagi penyertaan satu-satunya Pejabat Daerah dalam Konvensyen Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) 2012, Pejabat Daerah dan Tanah Bentong telah berjaya memperolehi Anugerah 3 Bintang Amalan Terbaik 5S Wilayah Pantai Timur.

Selanjutnya...

Isnin, 2 Julai 2012

5S @ Forum Perdana Ehwal Islam?

5S akan dibincangkan dalam Forum Perdana Ehwal Islam? Betul ke? atau 5S yang membawa maksud lain, bukannya Amalan 5S/QE (Persekitaran Berkualiti).. Berdasarkan tajuk forum ini, 'Hizuddin' membawa maksud 'Penjaga Agama' dan '5S' masih menjadi tanda tanya..


 Apa-apa pun untuk kepastian, mari kita menyemarakkan majlis ilmu ini seperti butiran berikut :
  1. Tn. Hj. Mohamad Naser Disa
  2. Us. BadliShah Alauddin
  3. Us. Hj. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
  4. Dr. Hj. Zahazan Mohamed
Forum ini adalah anjuran bersama Jabatan Mufti Selangor, KUIS dan RTM (mungkin masuk tv), kepada yang duduk sekitar Bangi dan yang berhampiran marilah hadir. InsyaAllah majlis diberkati dan KyRe@TiF akan hadir dan memberi butiran sepenuhnya berkenaan forum ini.
Sekian..

Selanjutnya...

Jumaat, 15 Jun 2012

KREATIF - Pertandingan Cipta Bendera Daerah Ledang


Kepada yang sukses dan kreatif!! meh sini fikir dan reka design untuk Bendera Daerah Ledang.. butiran lanjut, klik sini :Cipta Bendera Ledang

Info web : Pentadbiran Tanah Johor:

Sukacitanya dimaklumkan bahawa satu Pertandingan Reka Cipta Bendera Daerah Ledang sedang diadakan bermula pada 9 Mei 2012 hingga 01 Ogos 2012 kelolaan Pejabat Tanah Ledang dan Pejabat Daerah Ledang bagi tujuan memberi hebahan kepada orang awam berkaitan dengan Majlis Ulangtahun Pengisytiharan Daerah Ledang Kali ke-4 disamping memberikan orang awam peluang untuk bersama-sama meraikan pengisytiharan tersebut serta dapat menggalakkan budaya reka cipta dikalangan masyarakat.
Reka cipta terbaik akan memenangi hadiah seperti berikut:

Johan RM 5,000.00 beserta Sijil Penghargaan
Naib Johan RM 2,500.00 beserta Sijil Penghargaan
Ketiga RM 1,500.00 beserta Sijil Penghargaan

Bersama-sama ini disertakan borang penyertaan dan maklumat berkenaan pertandingan tersebut untuk perhatian semua.

Muat turun spesifikasi syarat-syarat pertandingan


Muat turun borang penyertaan


Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui Urusetia Reka Cipta Bendera Daerah Ledang (06-978 1008)

Selanjutnya...

Khamis, 14 Jun 2012

5S - Konvensyen 5S - Zon Utara & Pantai Timur 2012

Seperti biasa, dan hampir masuk pertengahan-hujung tahun, maka Konvesyen-Konvesyen 5S anjuran MPC akan kembali mengikut zon masing-masing hingga lah ke kemuncaknya Konvesyen 5S Peringkat Kebangsaan MPC 2012 (dijangka pada 15-17 Oktober @ KLCC). Bagi bulan Julai ini 2 wilayah MPC akan menganjurkan Konvesyen 5S di tarikh dan lokasi seperti berikut :

(klik link berkenaan utk Borang Penyertaan, dan butiran lanjut ) 

Info blog : MPC Wilayah Utara :

MPC Wilayah Utara sekali lagi akan mengadakan Konvensyen ICC & 5S Wilayah Utara . Berikut adalah butiran lanjut program berkenaan:

Tarikh : 18 - 19 Julai 2012
Tempat : Hotel Equatorial Pulau Pinang

Yuran :RM190.00 (Peserta/hari) - tanpa penginapan
RM210.00 (Pemerhati/hari) - tanpa penginapan

Tarikh tutup : 13 Julai 2012

Objektif konvensyen kali ini adalah seperti berikut:
Menggalakkan pemesatan aktiviti ICC & 5S ke seluruh negara dengan memasukkan elemen-elemen inovatif dan kreatif di dalam menyelesaikan masalah di tempat kerja.
Memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan ICC & 5S berkongsi idea serta pendapat dan juga pengalaman di dalam usaha untuk meningkatkan serta menanamkan satu budaya kerja yang lebih baik bagi meningkatkan prestasi kumpulan dan juga organisasi.
Bagi mengenalpasti kumpulan-kumpulan ICC & 5S yang menyerlah di dalam mengeluarkan idea-idea bernas di dalam persembahan projek mereka untuk dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori yang dipertandingkan di semua peringkat.
Untuk makluman lanjut, sila hubungi pegawai berikut :
En Muhd Adha Abdul Hamid (Konvensyen ICC)Cik Norhasimah Ibrahim (Konvensyen 5S)

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...