Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Ahad, 8 Julai 2012

5S - Konvensyen ICC & 5S/QE Wilayah Timur 2012

Sedikit berita mengenai Konvesyen ini yang berlangsung pada 4-5 Julai 2012 di Kuantan, Pahang.Berita lanjut, diperolehi dari Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pahang:

pic 1 icc
YH. Dato' Mahadiah (tengah) sempat bergambar kenang-kenangan bersama Team Balora dari Majlis Daerah Maran di Konvensyen ICC dan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) Wilayah Timur 2012

Konvensyen ICC Wilayah Pantai Timur 2012 Catat Penyertaan Terbesar

Ditulis pada hari Jumaat, 06 July 2012 09:42

Bukit Gambang, Kuantan..Penganjuran serentak Konvensyen Kreatif dan Inovatif (ICC) dan Konvensyen Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) Wilayah Pantai Timur 2012 mencatatkan penyertaan terbesar dengan 71 kumpulan kreatif dan inovasi mewakili pelbagai jabatan kerajaan dan syarikat swasta di Pantai Timur.

Konvensyen anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Pantai Timur ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 4 dan 5 Julai 2012 di Bukit Gambang Resort City, Kuantan. YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Muhammad Safian bin Ismail dalam ucapan semasa merasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah konvensyen berkenaan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak MPC kerana memilih negeri Pahang sebagai tuan rumah pada kali ini.

Beliau juga turut menyatakan bahawa pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang amat komited dalam usaha pembaharuan dan inovasi dalam perkhidmatan awam demi memberikan manfaat terbaik kepada rakyat. Teks ucapan beliau dibacakan oleh YH Dato' Hajjah Mahadiah binti Haji Mohamad, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan).

Turut hadir ialah Tuan Haji Ahmad Fadzil bin Mahmud, Timbalan Ketua Pengarah MPC dan Encik Kamaruzzaman Kassim, Pengarah MPC Wilayah Pantai Timur.

Dalam konvensyen berkenaan, Majlis Daerah Maran telah berjaya menjulang Anugerah Emas manakala dua kumpulan daripada Majlis Daerah Bera telah memperolehi Anugerah Perak. Bagi penyertaan satu-satunya Pejabat Daerah dalam Konvensyen Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) 2012, Pejabat Daerah dan Tanah Bentong telah berjaya memperolehi Anugerah 3 Bintang Amalan Terbaik 5S Wilayah Pantai Timur.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...