Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Khamis, 19 Julai 2012

5S - Kriteria & Pemarkahan Konvensyen 5S/QE MPC 2012

Sekaran ni, musim Konvensyen Amalan 5S/QE peringkat wilayah / zon-zon. Bagi yang bersedia dan berkesempatan bolehlah menyertai konvensyen ini atau erti kata lain, masuk bertanding. Bagi yang mahu pendedahan, bolehlah jadi peserta dan lihat 'idea-idea' baru amalan 5S ini dibentangkan. Bagi yang dapat banyak 'STAR' oleh MPC pada akhir Konvensyen peringkat Wilayah ini, akan dijemput untuk ke Konvensyen 5S Kebangsaan 2012 yang kebisaannya dalam bulan Oktober/November setiap tahun.

Berikut K' akan kongsi dengan sahabt-sahabat 5S sekalian, Kriteria & Pemarkahan Persembahan Konvensyen 5S/QE MPC untuk rujukan dan panduan bagi dititik berat dalam menggandakan markah..

Semoga Sukses.. dan kepada yang pernah menyertai konvensyen ini adalah dialu-alukan berkongsi pengalaman/gambar untuk sahabat-sahabat yang lain...





Selanjutnya...

5S @ ADTEC KULIM - Kreatif!

TAHNIAH kepada warga ADTEC Kulim atas Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE oleh MPC pada 25 Jun 2012 yang lalu. Hasil amalan dan pelaksanaan 5S di Pusat Latihan Teknologi Tinggi Kulim, Kedah ini, ia telah mengilhamkan banyak perkara kreativiti dan inovasi.

Berikut dikongsi bersama, gambar-gambar hasil kreativiti warga ADTEC Kulim :





Hasil perkongsian dari Saudara:
FAIROLIZWAN BIN ABDULLAH
Ketua Unit Komuniti Dan Khidmat Sokongan Pekerjaan (CESS)
Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kulim

TQ dan SUKSES Selalu...

Selanjutnya...

Selasa, 17 Julai 2012

5S @ Masjid Putrajaya

Pelaksanaan Amalan 5S/QE (Persekitaran Berkualiti) di masjid kini sedang giat dan rancak di laksanakan. Seperti yang pernah dicoret dalam post "5S @ Masjid'. Semoga apa yang direncana dan rancangkan akan menjadi kenyataan. Baru-baru ini apabila K' ke Putrajaya, dan singgah di Masjid Putra, ada terpampang banner ' Ke Arah Pelaksanaan Amalan 5S' di mana masjid ini dalam proses pelaksanaan amalan ini.

Andai kata, terlaksana dengan suksesnya Amalan 5S di Masjid Putra ini, maka ia akan menjadi contoh atau model kepada mana-mana masjid dan akan membuat impak masjid ini dan khususnya Putrajaya itu sendiri. Seperti yang sedia maklum, masjid ini merupakan mercu tanda Putrajaya dan ramai pelancong dalam dan luar negara 'wajib' ke sini apabila pergi ke Putrajaya. Semoga 5S terus Sukses!!







Selanjutnya...

Isnin, 9 Julai 2012

SENYUM - Simbol Yang Berkesan!

Baru-baru ni, ada buat lawatan 5S, tetiba terjumpa satu Simbol/Logo CCTV dan perkataan 'SENYUM'.. bila fikir-fikir balik..ia adalah satu kempen 'Senyum' yang berjaya.. kerana secara automatik kita akan tersenyum melihat Simbol ini..hihihi.
Lagi pun memang kawasan ini diliputi dan diawasi oleh CCTV. Dan kita kena lah senyum sentiasa kerana ada yang 'memerhatikan' kita.
Sukses & Senyum Selalu..

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...