Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Isnin, 10 Ogos 2015

5S SELEPAS RAYA!!!


Raya...raya..raya... sebelum raya macam-macam kita rancang... selepas raya apa citer?...hihihihi. Jom kita singkap 5S SELEPAS RAYA!!...

  1. S1 : SENGKEK > Masa ini lah yang mencabar hidup kita, bab kewangan. Sebelum raya beli macam-macam tak ingat dunia. Selepas raya, sendiri mahu ingat le.. Sengkek, poket kosong. Habis duit dibelanja. Gaji lambat lagi pulak tu...huhuhu
  2. S2 : SERDAK > Semasa hari Raya, kuih-muih raya ni tak pandang pun. Setakat tepung yang diwarna-warnikan. Tetapi selepas raya, masa ini le kita mencari bekas-bekas kuih raya. Yang tinggal serdak kuih. Serdak pun serdak le, boleh alas perut...
  3. S3 : SERBU > Seudah menjadi kelaziman, tradisi Rumah Terbuka Raya (Open House) akan dibuat oleh mereka ynag berhajat. Oleh itu, kita yang dijemput ni, apalagi serbu le. Dah siap awal-awal jadual rumah mana yang nak pergi dulu dan sebaliknya..
  4. S4 : SENDAT > Yang ini memang tidak boleh di elak. Selepas raya, sendat le semua pakaian. Bukan sebab seluar atau baju yang mengecil. tetapi perut yang memboyot atau membuncit...hihihihi
  5. S5 : SOROK > Akibat dari belanja tidak ingat, boros dan main beli sahaja, operasi menyorok dijalankan. Takut orang datang kutip hutang. Atau sorok takut orang datang nak raya...lariii
Hihihihi, 5S Selepas Raya ini, sekadar renungan sahaja, mungkin kena atas hidung sendiri atau tidak. Tetapi yang penting jika kita amalkan perbelanjaan berhemah dan kawal nafsu.. InsyaAllah semua terkawal..
OK Selamat Selepas raya...0-0

Selanjutnya...

Jumaat, 7 Ogos 2015

5S: Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) akhirnya telah dikeluarkan oleh pihak urus setia MAMPU pada akhir Jun 2015 yang lalu. Ia boleh dimuat turun di link berkenaan : http://www.mampu.gov.my/penerbitan-mampu atau butiran mengenai EKSA di  http://www.mampu.gov.my/eksa.

Berikut sercara ringkas isi kandungan dalam buku panduan EKSA berkenaan:
Penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam kepada EKSA serta objektifnya
Menghuraikan 5 elemen baharu yang dilaksankan dalam EKSA berbanding Amalan 5S Sektor Awam. 5 elemen berkenaan adalah Imej Korporat, Kreativiti, Amalan Hijau, Persekitaran Kondusif dan Kepelbagaian Agensi.
Bab 4 : Akan menerangkan secara ringkas Pelaksanaan EKSA dari proses mewujudkan Jawatankuasa hinggalah pelancaran EKSA di agensi/jabatan berkenaan.
Bab 5 : Mengenai proses pengauditan EKSA (Model A & Model B). Berikut contoh Lampiran Komponen Penilaian EKSA

Panduaan Pelaksanaan ini mengandungi 138 muka surat . Lampiran Komponen Penilaian/Audit EKSA yang merangkumi sebahagian besar buku panduan ini (dari muka surat 32-138). 

Nota : Jika tidak dapat muat turun Panduan ini melalui link MAMPU, boleh diemelkan kepada ksukses5s@gmail.com

Selanjutnya...

Selasa, 14 Julai 2015

SALAM AIDILFITRI 1436H

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini (2015/1436H), maaf di atas segala silap salah, tersalah info, tersilap maklumat, terkomen lebih, ter ter ter ter dan ter lagi.
Maaf zahir batin, semoga sukses selalu..sihat sentiasa..
(raya kali ini jgn banyak sangat nak bermedia sosial, ziarah saudara mara juga, tapi jangan layan handphone)...hihihi
Wifi ada tak?

Selanjutnya...

Khamis, 21 Mei 2015

5S MPC vs EKSA MAMPU

Apakah perbezaan antara Pelaksanaan Amalan 5S/QE yang diterajui oleh MPC (Malaysia Productivity Corporation) dengan Pelaksanaan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) oleh MAMPU?

Berikut dikongsikan antara perbezaan yang boleh dihuraikan disini atas pengalaman KyRe@tiF dalam menceburi pensijilan kedua-dua agensi yang menerajui 5S/QE/EKSA ini, dalam topik MPC vs MAMPU:

AGENSI : MPC adalah satu agensi berkanun dibawah Kementerian Perdagangan Antarbangsa & Industri (MITI), manakala MAMPU sebuah unit yang menguruskan pentadbiran di agensi kerajaan (Sektor Awam).

PELAKSANAAN : Amalan 5S sudah bermula di negara ini sekitar tahun 80an lagi. MPC adalah agensi yang pertama mentauliahkan persijilan 5S berkenaan (Sektor Swasta dan Sektor Awam). Pada waktu itu, kebanyakannya amalan 5S dipraktikan oleh Sektor Swasta dan Syarikat Multinasional seperti kilang, syarikat dan seumpamanya. Manakala EKSA hanya untuk disijilkan oleh agensi dibawah Sektor Awam sahaja (seperti jabatan kerajaan, Kementerian, PBT, Hospital dll). Ia bermula sekitar tahun 2010.

JENAMA : Penjenamaan atau penggunaan nama amalan ini juga berbeza-beza, tetapi nama 5S tetap sinonim dengan amalan ini. Walaupun jenama yang berlainan seperti Amalan 5S, Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti QE dan Ekosistem Kondusif Sektor Awam EKSA, ia tetap dengan konsep yang sama. Seperti EKSA, ia bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang sedia ada diamalkan, sebalinya menambah baik elemen 5S dengan menyokong kepada persekitaran yang kondusif.

PENGAUDITAN : Juruaudit bagi kedua-dua agensi adalah dari MPC dan MAMPU itu sendiri. Tetapi mereka boleh melantik wakil juruaudit luar yang telah diiktiraf dan mempunyai sijil bagi menjalankan pengauditan di agensi berkenaan. Manakala kos bagi melaksankan pengauditan ini juga berbeza, dimana MPC bayaran sekitar RM1,000 - RM1,500 (mengikut lokasi dan bilangan juruaudit). Manakala bagi Juruaudit EKSA dari MAMPU, bayaran / saguhati mengikut kelayakan pegawai berkenaan (tuntutan penceramah, perjalanan, penginapan) mengikut pekeliling perbendaharaan yang berkuatkuasa.

 

LIPUTAN AUDITAN : Dalam pensijilan MPC kawasan liputan atau lokasi yang akan diaudit bagi sesebuah agensi boleh di kecualikan (atas sebab sebab tertentu seperti aspek keselamatan, dokumen rahsia, bangunan terpisah dari agensi induk, bangunan dalam pembinaan, dll). Tetapi dalam EKSA, seboleh-bolehnya semua lokasi perlu diaudit dan tiada pengecualian, Rasionalnya adalah semua kawasan/lokasi dalam dan luar adalah Hak Milik Kerajaan. tetapi semua ini adalah mengikut budi bicara Juruaudit 5S/EKSA ini juga dan atas faktor tertentu.

PERMARKAHAN : Markah keseluruhan audit 5S/EKSA adalah perlu mendapat 80% markah baru layak untuk dipersijilkan. Cuma bagi EKSA ia dipecahkan kepada 2 kategori iaitu BAIK (markah 80-89.9%) dan CEMERLANG (markah 90% ke atas).

ANUGERAH : MPC saban tahun menganjurkan Konvensyen atau majlis untuk mengiktiraf agensi/badan yang cemerlang dalam melaksanakan Amalan 5S ini. Ia kebiasaanyan dipecahkan kepada beberapa sektor seperti Sektor Awam, Sektor Badan Berkanun, Kategori Kilang dan lain-lain. Manakala EKSA dari MAMPU masih baru dan tiada sebarang konvesyen yang diadakan lagi.

RUJUKAN : Banyak bahan rujukan yang diterbitkan oleh MPC dalam memberi pendedahan dan panduan dalam pelaksanaan Amalan 5S ini. Bahan rujukan boleh didapati di pejabat MPC dengan harga belian RM30. Bagi EKSA pula Buku Panduan / Garis Panduan masih dalam peringkat semakan atau draf dan dijangkan akan dikelurkan pada tahun ini (2015). MAMPU telah menerbitkan Panduan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun 2010, tetapi rujukan ini kini tidak beberapa relevan dengan wujudnya EKSA. Ia percuma dan boleh dimuat turun di laman sesawang MAMPU.

Nota : Panduan Pelaksanaan EKSA : talah diterbitkan pada akhir Julai 2015 : 
Butiran lanjut http://sukses5s.blogspot.com/2015/08/5s-panduan-pelaksanaan-ekosistem.html

NOTA : Semua perbandingan ini (MPC vs MAMPU) hanya berdasarklan pengalaman dan bandingan kasar sahaja. Jika ada fakta atau makluan yang tidak tetap, salah dan mengelirukan harap dimaklumkan (ksukses5s@gmail.com) agar kita dapat mengemaskininya. Sekian semoga sukses selalu : KyRe@tiF 2015

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...