Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Ahad, 29 Mei 2011

KREATIF - Menghasilkan Cover eBook

Manamana nak buat cover eBook atau apa-apa Cover dari imej bentuk biasa yang akan menjadikan ia seperti Buku, Majalah, Fail, Buka Nota dan pelbagai jenis design lagi.. cukup mudah.. lihat contoh cover eBook 5S YES.. dari satu imej yang 'biasa' ia boleh dibuat pelbagai dimensi..
Mudah sahaja, banyak yang software 'free' boleh kita gunakan. Antaranya mari kita cuba guna MyEcover Maker. Aplikasi ini percuma, cuma untuk beberapa design sahaja lah..kalau nak lebih-lebih kena bayar. Jom cuba..sukses & kreatif selalu..
My eCover Maker - free untuk mencuba..nak lebih, kena bayar lee

Selanjutnya...

Khamis, 26 Mei 2011

5S - Jemputan Kursus Pembangunan Standard 5S / QE @ Melaka

Satu Kursus Sehari Pembangunan Standard Sistem Persekitaran Berkualiti (5S) - MPC akan diadakan pada 2 Jun 2011 ini di Hotel Abadi Melaka. Kursus anjuran Pejabat SUK Negeri Melaka dan Institut Pengurursan dan Integriti Melaka (INSPIM) ini terbuka kepada semua jabatan/agensi yang telah dan akan memiliki pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S/QE). Dan kursus ini berbayar la..Yuran dalam RM180.00 seorang. Jika anda berminat bolehlah menghubungi pihak urus setia En.Khirul Hafiz / Pn.Mazliyana di talian 06-3350334/3350939.. cepat sebelum 28 Mei 2011 ini..
KyRe@tiF berminat jugak nak join kursus ini, tengoklah kalau ada rezeki dan kelapangan akan hadir aktiviti ini..bagus ini sebagai pendedahan dan penyeragaman Amalan 5S..Jom join..

Selanjutnya...

Isnin, 23 Mei 2011

KREATIF - Tempat Letak Kunci

Ok jugak kalau ada idea yang kreatif buat tempat letak kunci menggunakan sudu/garfu macam ni..nampak unik dan cantik..boleh le cuba..

Selanjutnya...

Jumaat, 20 Mei 2011

5S - Label @ Jaya Jusco (JJ)

Korang biasa pergi Jaya Jasco kan (JJ) ? Cuba perhatikan label-label yang seragam dan kemas mereka hasilkan. KyRe@tiF perhatikan JJ ni memang menampilkan idea yang kemas, cantik dan seragam. Banyak jugak idea-idea untuk buat label 5S diceduk dari sini. Maklumlah 5S kan dari Jepun, dan JJ juga dari sana, so memang diorang pakai konsep 5S di sini. Label-label yang berkesan ini akan mengwujudkan persekitaran yang Bersih, Kemas, Teratur, Mudah Faham, dan Aspek Keselamatan diutamakan. Jom kita kongsi label-label di JJ yang sempat KyRe@tiF rakam ni yang mungkin kita boleh terapkan dalam menghasilkan label 5S di pejabat kita.
Label Penunjuk Arah yang berkesan - diletakkan di setiap aras
Tandas - memang dijaga dengan bersih dan label yang ringkas
Simbol bagi penggunaan Kategori Tandas yang mudah faham
Keselamatan - Label/Simbol keselamatan yang mudah difahami
Gambar-gambar ini di rakam di Jaya Jusco Nusajaya (Johor) dan JJ Balakong (Selangor), dan semua JJ AEON di'seragam'kan akan label/simbol/tanda nama. 5S sungguh!!

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...