Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Jumaat, 20 Mei 2011

5S - Label @ Jaya Jusco (JJ)

Korang biasa pergi Jaya Jasco kan (JJ) ? Cuba perhatikan label-label yang seragam dan kemas mereka hasilkan. KyRe@tiF perhatikan JJ ni memang menampilkan idea yang kemas, cantik dan seragam. Banyak jugak idea-idea untuk buat label 5S diceduk dari sini. Maklumlah 5S kan dari Jepun, dan JJ juga dari sana, so memang diorang pakai konsep 5S di sini. Label-label yang berkesan ini akan mengwujudkan persekitaran yang Bersih, Kemas, Teratur, Mudah Faham, dan Aspek Keselamatan diutamakan. Jom kita kongsi label-label di JJ yang sempat KyRe@tiF rakam ni yang mungkin kita boleh terapkan dalam menghasilkan label 5S di pejabat kita.
Label Penunjuk Arah yang berkesan - diletakkan di setiap aras
Tandas - memang dijaga dengan bersih dan label yang ringkas
Simbol bagi penggunaan Kategori Tandas yang mudah faham
Keselamatan - Label/Simbol keselamatan yang mudah difahami
Gambar-gambar ini di rakam di Jaya Jusco Nusajaya (Johor) dan JJ Balakong (Selangor), dan semua JJ AEON di'seragam'kan akan label/simbol/tanda nama. 5S sungguh!!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...