Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Selasa, 26 Julai 2011

SOKONG - Ayuh Harimau Malaya!!

Ayuh Skuad Harimau Malaya kasi gegar Bukit Jalil (SNBJ) bagi mengharungi perlawanan kedua menentang Singapura. Lupakan kekalahan 3-5 minggu lalu, kita kasi gegar dengan jaringan yang banyak untuk mara ke pusingan ke-3 kelayakan Piala Dunia bagi Zon Asia. Skuad bola sepak kebangsaan Malaysia ini mampu mengaum, jangan mengaku kalah sebelum berjuang!!
Kepada pemain ke-12 negara, iaitu penyokong-penyokong ayuh le beri sokongan yang padu (jangan bila menang je nak beri sokongan).. Marilah bersama-sama kita ke Stadium Bukit Jalil pada malam Khamis ini (28 Julai 2011) kasik penuh itu stadium, kepada yang tidak berkesempatan, moh kita tengok kat depan tv (siarang langsung @ rtm & astro arena) dengan memakai jersi biru @ kuning/hitam.. auuummmm!!


Selanjutnya...

Sabtu, 23 Julai 2011

5S - Label Penunjuk Arah/Bilik

Dalam amalan 5S, antara lima fokus pelaksanaan amalan 5S/QE ini adalah KEMUDAKESANAN (Konsep 5K), oleh itu dalam kita hendak menghasilkan label atau penunjuk bilik / arah perlulah direkacipta/design dengan amat ringkas, mudah difahami, kemas dan jelas. Kebiasaannya label / tanda nama bilik seperti Tandas, Bilik Mesyuarat, Pantry, Dewan dan lain-lain kita akan letakkan didepan pintu sahaja.. bagi tujuan untuk memudahkesan bilik tersebut, salah satu idea pemasangan label arah bilik adalah dengan meletakkannya di sisi bilik berkenaan (rujuk rajah). Untuk memantapkan lagi kaedah pemasangan label, adalah disyorkan buat seperti kaedah berikut :
Label K02 (Penunjuk Arah Bilik) boleh diperolehi dari KyRe@tiF
KyRe@tiF ada menghasilkan poroduk 5S bagi lebel Arah Billik (Kod K02) dalam format word utk dikongi bersama (sila emel jika berminat). Dan jika kita tinjau dimana-mana, tempat seperti klinik, hotel dan sebagainya banyak kaedah pemasangan label dibuat 'sisi' seperti berikut. Ini akan memudah kesan kerana dari jauh kita dah tahu 'tujuan' bilik berkenaan tanpa meninjau dari depan bilik. Jom lihat antara pemasangan label tanda nama berikut:
Label ke Surau/Tandas/Bilik Penyusuan Bayi
Label ke Bilik Seminar
Label arah tangga untuk ke Tandas

Label Tandas Lelaki, Perempuan & OKU

Selanjutnya...

Jumaat, 22 Julai 2011

KREATIF - Lagu Meraikan Kreativiti

Aritu ada terdengar lagu ni, cari-cari akhir nya jumpa lagi Inovasi Malaysia yang bertajuk Meraikan Kreativiti.. lama-lama dengar best jugak lagu ni.. Jom hayati lagu ini semoga kita makin semangat untuk melahirkan idea-idea yang lebih kreatif dan inovasi dalam kerja harian dan amalan 5S kita..

 
Lirik :Meraikan Kreativiti
Malaysia inovatif
Peneraju inovasi
Malaysia inovatif
Pemacu ekonomi
      Malaysia inovatif

      Tingkatkan kemahiran
      Malaysia inovatif
      Menciptakan kekayaan
Raikanlah kreativiti

Budayakanlah inovasi
Tinggi budi kaya pekerti
Harum nama ibu pertiwi
      Malaysia inovatif

      Peneraju inovasi
      Malaysia inovatif
      Pemacu ekonomi
Malaysia inovatif

Negara progresif
Malaysia kreatif
Berminda positif
      Raikanlah kreativiti

      Budayakanlah inovasi
      Tinggi budi kaya pekerti
      Harum nama ibu pertiwi
Malaysia inovatif

Peneraju inovasi
Malaysia inovatif
Meraikan kreativiti
Lagu: Universiti Lim Kok Wing

Lirik: Lady Zara MOSTI

Selanjutnya...

Selasa, 19 Julai 2011

KREATIF - Pameran Rekacipta & Inovasi (PRPi 11) @ UPM

Pameran Rekacipta, Penyelidikan dan Inovasi 2011 (PRPi 11) sedang berlangsung dari 19 hingga 21 Julai ini di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor. Marilah beramai-ramai melihat pelbagai produk dan rekacipta yang dihasilkan. Pameran ini menjadi pelantar kepada para penyelidik untuk mengenengahkan hasil penyelidikan yang dijalankan dan penemuan baharu kepada umum. Butiran lanjut bolehlah layari http://u-events.upm.my/prpi/

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...