Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Rabu, 28 November 2012

5S - Label Harga @ Tesco

Hari tu, pergi TESCO, ada terjumpa satu 'label' peringatan yang berbunyi " Saya Perlu Label Harga'. Ia sesuatu yang unik, dan ia adalah ditujukan kepada petugas TESCO itu sendiri agar meletakkan Tanda Harga / Label Harga bagi produk berkenaan. Konsep ini boleh juga dibuat dalam Amalan 5S dimana Label ke-2 diletak dibelakang, seperti Label Barangan dan seumpamanya. OK sukses selalu!
'Label' ini diletakkan jika Tanda Harga masih belum diletak oleh petugas

Label " Saya Perlu Label Harga"

Tanda Harga yang sepatutnya...

Selanjutnya...

Khamis, 22 November 2012

KREATIF : Jam Penggera-Tahap Kreatif Yang Berkesan

Ringkas dan Berkesan, ini salah satu kreativiti dalam 'mengubah' sikap 'tangguh' nak bangun tido. ha ha ha Tahap kreatif yang berkesan kalau macam ni, Jam Penggera (Alarm Clock) ini dibuat sedikit 'penambahbaikan' bagi mereka yang suka nak tutup 'alarm' bila dah bunyi.. macam-maca ragam....

Selanjutnya...

Selasa, 20 November 2012

KREATIF - Jom 'Kitar Semula'

Label dan Simbol yang menarik serta mudah difahami akan 'menarik' minat orang untuk mengetahui. Bagi kempen 'Kitar Semula' ini, gambar kartun ini dapat menarik kita untuk melaksanakan / dan membuang barangan mengikut kategori yang dinyatakan (Plastic, Paper, Others). Gambar di rakam di sekitar IKEA, Damansara. Oleh itu, aspek meng'label' adalah penting bagi memberi maksud dan mudah faham. Sukses Selalu!!


Selanjutnya...

Jumaat, 16 November 2012

5S - 'Keselesaan' Alat Pemadam Kebakaran

Alat Pemadan Kebakaran adalah salah satu aspek utama dalam KESELAMATAN (fokus 5S @ 5K), oleh itu aspek lokasi. keselesaan (tiada barang yang melindungi), tarikh luput, fungi dan seumpamanya perlulah diambil perhatian. Berikut dikongsi bersama beberapa gambar yg sempat K' rakam akan Alat Pemadam Kebakaran yang tidak diambil 'serius' akan 'keselesaannya'. Ingat, dalam sesi audit 5S/QE perkara ini yang ditekankan oleh juruaudit..

Gambar ini di rakan di sebuah Klinik, walaupun diletakkan perlatan untuk Pemeriksaan Kesihatan, tapi aspek 'Keselamatan' juga pelu diambil kira

Jangan letak, barangan 'pelbagai' di sekitar Alat Pemadam Kebakaran, berikan ruang 'keselesaan' nya

huhuhuhu.. sedih, boleh jugak dibuat tempat letak tisu!!!! fikir lah sendiri..
 

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...