Baru-baru ini ada kesempatan pergi Wisma Persekutuan di Negeri Sembilan, bagi jemputan membuat taklimat 5S dan Pra-Audit 5S di JUPEM N9. Apabila melalui bahagian tangga, terpampang satu baner / poster ' JOM NAIK TANGGA' daripada Jabatan Kesihatan Negeri. Cukup menarik poster ini menyeru agar kita kerap menggunakan tangga. Disamping itu juga ada satu maklumat/info yang menerangkan berapa kalori yang akan hilang bagi setiap anak tangga yang kita guna. Bagus bukan..so bolehlah diamalkan pada label-label 5S kita dengan idea-idea berkenaan...kreatif!
Banner 'Jom Naik Tangga' yang berkesan |
Kadar Penggunaan Tangga dengan Nilai 'kcal' (Kalori) |
________________________________________________
Berikut terjumpa pulak satu poster KEMPEN JOM NAIK TANGGA di Hospital Putrajaya, amat cantik dengan design kartunnya.. bagus kempen yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan ini. Jom amalkan aktiviti sihat ini dengan kerap menggunakan tangga..kalau kat pejabat tu, setakat nak naik aras 1-2 atau 3 boleh le guna tangga. Jom Naik Tangga!!
Kempen Jom Naik Tangan @ Hospital Putrajaya |
Sebelum ini ada jugak cerita pasal Label yang kreatif berkenaan penggunaan tangga, rujuk post ini "SIHAT - Label Kreatif untuk Naik Tangga"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan