Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Khamis, 14 April 2011

5S - Taklimat Audit & Standard kpd Mahkamah Syariah W.Persekutuan

Putrajaya, 14 April 2011- Taklimat Audit & Standard 5S telah disampaikan kepada pelawat dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Seramai lebih kurang 30 pegawai telah hadir dan ia diketuai oleh Y.A.A. Datuk Hj.Mohamad (Ketua Hakim Syarie). Mahklamah Syariah WP telah memperolehi pensijilan 5S MPC pada tahun 2009, dan kini mereka ke arah memperolehi pensijilan 5S MAMPU (bagi Sektor Awam). Komitmen dan kesungguhan menambahbaik serta mencari idea-idea baru dalam amalan 5S adalah tinggi dikalangan mereka serta sokongan penuh dari pihak atasan. Adalah dimaklumkan juga, mereka akan berpindah ke pejabat baru pada Mei 2011 ini, dan akan membawa amalan 5S yang telah diterapkan ke alam kerja baru. Semoga terus Sukses dengan semangat 5S yang telah ditunjukkan..
Wakil pelawat yang diketuai oleh Y.A.A. Ketua Hakim Syarie
Menghayati taklimat yang disampaikan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...