Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Jumaat, 9 Disember 2011

KREATIF - 10 Tip "Islam Adalah Cara Hidup"

Salam Jumaat, hari ini KyRe@TiF nak kongi sedikit bahan bacaan ilmiah yang di perolehi dari Majalah GenQ (sebuah majalah baru). Berkenaan 'Islam Adalah Cara Hidup' di mana kreativiti yang ditonjolkan disini adalah penggunaan 'bahasa' teknologi 'komputer' yang biasa kita gunakan dalam perkongsian tips ini. Selamat beramal...
Berikut adalah Perkongsian Tip 'Islam Adalah Cara Hidup" :
  1. Jika kita marah - TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa
  2. Jika kita bingung - KLIK doa agar tenang hati
  3. Jika kita dipuji - RELOAD syukur supaya tidak alpa
  4. Jika kita gagal - DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat
  5. Jika kita kecewa - RESTART tenaga agar sentiasa sedar
  6. Jika kita bersedih - SELECT ibubapa untuk meluahkan perasaan
  7. Jika kita berdosa - UNDO perangai itu dan bersolat taubat
  8. Jika kita berdendam - DELETE buruk sangka supaya bersih hati
  9. Jika kita berbohong - BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan keadaan
  10. Jika kita buat maksiat - REGISTER SOFTWARE sikap baru dan bertaubat nasuha
Majalah GenQ Bilangan 4
Sumber dari Majalah GenQ : Bilangan 04 (Bulan Oktober 2011)
Info: Malajah GenQ - atau Perintis Generasi Quran Kreatif adalah majalah yang baru berada dipasaran sekitar bulan Julai yang lalu. Majalah Gen-Q membawa remaja atau generasi baru agar sentiasa mengingati bahawa Islam itu benar dan al-Quran itu sebagai petunjuk jalan ke arah ketakwaan kepada Allah s.w.t. Motif penerbitan Gen-Q adalah untuk membimbing pembacanya bersama-sama menjadikan Islam sebagai jalan hidup. Terbitan Telaga Biru Sdn.Bhd.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

batu ade satu je buku gen-q(edisi 2), 3 dengan 4 tak jumpa pun kat kedai :c

KyRe@tiF berkata...

Sekarang dah edisi 4 ( banyak kat kedai buku-buku agama), Kalau ada edisi yg tertinggal boleh hubungi Pengedar Tunggal: Stormreaders Network Sdn Bhd di talian: 03-61418684, Harga (RM7.00)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...