Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Khamis, 28 April 2011

5S - Sambutan Hari 5S @ Nuklear Malaysia

Terserempak hari ini dengan satu banner "SAMBUTAN HARI 5S" di Agensi Nuklear Malaysia, Bangi. Ia satu usaha promosi yang amat menarik. KyRe@tif ingin tahu jua apa agenda atau atur cara bagi sambutan hari 5S di agensi ini. Mungkin warga Nuklear Malaysia boleh berkongsi berita dan maklumat bagi sambutan ini. Apa-apa pun, Syabas dan teruskan usaha dalam semarakkan amalan 5S ini...

Selanjutnya...

Ahad, 24 April 2011

KREATIF - Conversion Tool

Emmm.. ini ada cara yang senang kalau nak buat penukaran unit seperti Meter, Inci, Kaki, CM, Kilometer.. hanya masukan nilai yang kita nak tukar kepada unit yang kita hendak..boleh le cuba 'Conversion Tool' ini...mudah bukan..takpayah calculator sudah..hi3
http://convert.francepropertyshop.com

Selanjutnya...

Khamis, 21 April 2011

5S - Kempen Sukses 5S @ JAIM, Melaka

Syabas kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) atas inisiatif melaksanakan promosi 5S mereka melalui satu KEMPEN SUKSES 5S. Sahabat KyRe@tiF ini, iaitu Saudara Shahrir Asraf telah menghantar berita ini dan memaklumkan akan kejayaan mereka melancarkan kempen berkenaan pada 14 April 2011 yang lalu. Antara tujuan Kempen Sukses 5S ini adalah untuk menyemarakkan semula semangat amalan 5S di kalangan pegawai/kakitangan.
Poster Kempen Sukses 5S JAIM
Berikut dikongsi bersama antara gambar-gambar aktiviti semasa kempen berkenaan berlangsung. Semoga semarak semangat melaksanakan amalan 5S/QE ini akan berterusan dan idea kempen ini mungkin boleh kita jadikan satu ikutan.
Amalan 5S antara landasan untuk membangkitkan kreativiti
Kecerian terpancar & semangat bekerja timbul ikhlas
Teruskan usaha berpasukan semoga Sukses Selalu JAIM
Bergitulah antara inisiatif warga JAIM, Melaka dalam menyemarakan Amalan 5S di tempat mereka, kepada anda yang mempunyai berita, gambar dan kreativiti sedemikian bolehlah sama kita berkongsi dengan mengirimkan info kepada sukses_5s@yahoo.com

Selanjutnya...

Selasa, 19 April 2011

KREATIF - Helmet Design Baru

Sekali sekala buat corak atau letak imej lain-dari yang lain pada helmet / topi kaleder ok jugak. Idea yang kreatif ini, kalu buat mesti pengguna motosikal akan selalu pakai helmet dia (sbb nak tunjuk kat orang yang helmet dia 'cantik') so..boleh le buat-apa-apa design kat helmet kiter macam ni..lain dari yang lain....Yang bentuk 'Kepala' rasa kalau pakai mesti bawak motor berhati-hati..sbb takut kepala pecah..hahaha

Selanjutnya...

Isnin, 18 April 2011

5S - Pantun Terima Kasih dari Mahkamah Syariah W.Persekutuan

Kreatif pantun yang dihasilkan oleh Musyi sebagai tanda terima kasih Mahkamah Syariah WP (MSWP) atas lawatan/taklimat yang diterima...
Assalamualaikum WBT

Salam sukses di sambut mesra,
Buat Tn. K, pegawai2 dan seluruh jabatan tuan amnya ,
Tangan dihulur tanda bersaudara,
Dari MSWP tempat kami bekerja.

 Ribuan terima kasih kami ucapkan,
Di atas penerimaan dan sambutan hangat kalian,
Memang itu yang kami harap-harapkan,
 5S sukses dalam seperti yang diimpikan.

Segala perkongsian yang telah disampaikan,
Kami terima dengan penuh penghargaan,
Puncak jaya yang kita cita-citakan,
Moga berjumpa di puncak kejayaan.

Mohon kemaafan menyusun jari,
Kiranya ada salah silap sepanjang rombongan kami,
kami sebenarnya tak serik untuk datang lagi,
Untuk menimba ilmu di Kementerian ini.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah kita jumpa lagi...
 
STK
Musyi


Selanjutnya...

Ahad, 17 April 2011

KREATIF - Kempen Jom Naik Tangga

Baru-baru ini ada kesempatan pergi Wisma Persekutuan di Negeri Sembilan, bagi jemputan membuat taklimat 5S dan Pra-Audit 5S di JUPEM N9. Apabila melalui bahagian tangga, terpampang satu baner / poster ' JOM NAIK TANGGA' daripada Jabatan Kesihatan Negeri. Cukup menarik poster ini menyeru agar kita kerap menggunakan tangga. Disamping itu juga ada satu maklumat/info yang menerangkan berapa kalori yang akan hilang bagi setiap anak tangga yang kita guna. Bagus bukan..so bolehlah diamalkan pada label-label 5S kita dengan idea-idea berkenaan...kreatif!
Banner 'Jom Naik Tangga' yang berkesan

Kadar Penggunaan Tangga dengan Nilai 'kcal' (Kalori)
________________________________________________
Berikut terjumpa pulak satu poster KEMPEN JOM NAIK TANGGA di Hospital Putrajaya, amat cantik dengan design kartunnya.. bagus kempen yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan ini. Jom amalkan aktiviti sihat ini dengan kerap menggunakan tangga..kalau kat pejabat tu, setakat nak naik aras 1-2 atau 3 boleh le guna tangga. Jom Naik Tangga!!
Kempen Jom Naik Tangan @ Hospital Putrajaya
Sebelum ini ada jugak cerita pasal Label yang kreatif berkenaan penggunaan tangga, rujuk post ini "SIHAT - Label Kreatif untuk Naik Tangga"

Selanjutnya...

Khamis, 14 April 2011

5S - Taklimat Audit & Standard kpd Mahkamah Syariah W.Persekutuan

Putrajaya, 14 April 2011- Taklimat Audit & Standard 5S telah disampaikan kepada pelawat dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Seramai lebih kurang 30 pegawai telah hadir dan ia diketuai oleh Y.A.A. Datuk Hj.Mohamad (Ketua Hakim Syarie). Mahklamah Syariah WP telah memperolehi pensijilan 5S MPC pada tahun 2009, dan kini mereka ke arah memperolehi pensijilan 5S MAMPU (bagi Sektor Awam). Komitmen dan kesungguhan menambahbaik serta mencari idea-idea baru dalam amalan 5S adalah tinggi dikalangan mereka serta sokongan penuh dari pihak atasan. Adalah dimaklumkan juga, mereka akan berpindah ke pejabat baru pada Mei 2011 ini, dan akan membawa amalan 5S yang telah diterapkan ke alam kerja baru. Semoga terus Sukses dengan semangat 5S yang telah ditunjukkan..
Wakil pelawat yang diketuai oleh Y.A.A. Ketua Hakim Syarie
Menghayati taklimat yang disampaikan

Selanjutnya...

Isnin, 11 April 2011

5S - Fokus Utama Amalan 5S adalah 5K!

Apa dia 5K ni pulak?..belum selesai lagi 5S dah ada 'K' la pulak. Sebenarnya dalam kita hendak memulakan proses melaksanakan Amalan 5S adalah perlu tahu apa fokus atau matlamat utama dalam merealisasikan kejayaan amalan 5S/QE ini.. sebelum ini apabila kita memperkatakan 5S, apa yang tergambar dalam fikiran kita adalah perkara-perkara 'menghias' seperti label, parking, hias sana sini dan seumpamanya. Kita lebih banyak mencantik dan makeup tempat kerja/opis kita daripada tahu apa yang perlu di fokuskan dalam 5S. Baiklah disini dihuraikan apa fokus pelaksanaan 5S itu adalah 5K..iaitu :
  1. KEBERSIHAN (itu yang paling utama, bersih, tiada kotoran, sampah, debu dll),
  2. KESELAMATAN (aspek penting, ciri keselamatan seperti Pelan Kecemasan, wayar, pili bomba, susun atur dll),
  3. KEKEMASAN (berkenaan susunan, aturan, kemas dan tertib),
  4. KEMUDAHKESANAN iaitu cepat dalam  kita membuat carian, pengesanan dengan sistematik dan SOP yang dinyatkan perlulah jelas / mudah difahami, dan
  5. KOMUNIKASI iaitu satu interkasi yang berkesan (tidak perlu banyak pertanyaan) seperti Label, SOP, Sudut 5S, Arahan, Logo, Simbol dan sebagainya..
Inilah 5K berkenaan (fokus dalam melaksanakan Amalan 5S)
Begitulah huraian ringkas bagi 5K..oleh itu kepada yang hendak melaksanakan Amalan 5S tu, jangan lah 'lebih-lebih' membuat hiasan atau kecantikan...utamakan apa yang difokus. Dengan cara ini, matlamat kejayaan 5S/QE yang berkesan akan tercapai. Semoga Sukses Selalu, Semangat Sejahtera..

Selanjutnya...

Ahad, 10 April 2011

KREATIF - Kesedaran Memelihara Alam Sekitar

Berikut dipaparkan beberapa image/ poster/ gambar mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Gambaran yang ringkas sahaja, tetapi kreativiti menghasilkan idea poster ini amat menarik. Semoga ia menjadi kesedaran buat kita untuk memelihara alam ini untuk generasi sekarang dan akan datang... Oleh itu bersamalah kita menjaga Alam Sekitar  bersama....



Selanjutnya...

Khamis, 7 April 2011

KREATIF - Poster Rokok Yang Menginsafkan!

Apa pandangan anda bila lihat poster ini? Ada rasa nak berhenti merokok tak? insaf? atau.. emmmm biasa-biasa aje.. Tapi ia boleh dikategorikan satu poster yang kreatif dan mendalam maksudnya. Ringkas dan tidak perlu ayat-ayat/kata-kata. Sekali orang tengok, dah faham maksud yang ingin disampaikan...apa lagi boleh le print poster ni dan tampal kat opis.. dah tak payah 'label dilarang' merokok..hahah.. Pasni untuk label-label 5S boleh le pakai mcm ini..hihihi

Selanjutnya...

Selasa, 5 April 2011

5S - Label @ PLUS

Jika kita singgah di R&R PLUS dan diperhatikan, tentu anda perasan dengan label-label yang menarik di hentian ini. Label yang cukup berkesan dan dalam maksudnya adalah label di tempat solat (surau), iaini label arahan untuk mematikan telefon bimbit. Label/poster "Tiada Panggilan Sepenting Seruan Ilahi" amat mendalam maksudnya. Jika diperhatikan juga, label pada tandas, pili air, tempat makan dan sebagainya dibuat dengan kemas dan seragam. Konsep 5S disini, dengan fokus untuk KEMUDAHKESANAN & KOMUNIKASI adalah berjaya. Mungkin kita boleh ambil idea dan kosep yang diterapkan di R&R PLUS ini sebagai rujukan.
Poster/Label 'Larangan Menggunakan Telefon Bimbit'
Setiap Pili Air mempunyai No.Bilangan
Simbol bagi SURAU LELAKI
Label yang Ringkas & Kemas @ PLUS

Selanjutnya...

Sabtu, 2 April 2011

5S - eBook 5S YES!! yang 1st seumpamanya...

Alhamdulilah.. eBook 5S YES!! secara rasminya diterbitkan untuk perkongsian bersama. Seperti yang dijanjikan pada APRIL 2011 ini. Akhirnya, setelah 8 bulan usaha mengumpul maklumat, gambar, draf, cari bahan, kumpul idea, buat pembacaan, rekabentuk semuanya dibuat berperingkat secara tidak sepenuh masa (curi-curi masa free)..muncullah ia dengan versi eBook. Ia merupakan produk sulung KyRe@tiF. Mohon maaf dan mohon tunjuk ajar jika banyak kekurangan dalam penerbitan eBook ini. (susah jugak nak buat buku ni, ingatkan 'kacang' je..hu2). Terimalah dan milikilah eBook ini. Tidak lupa jugak diserta bersama sisipan eBook yang lebih mantap dan penuh tips iaitu SYY!! TIPS AUDIT 5S. Untuk butiran lanjut mengenai eBook ini, sama-samalah kita ke blog ini: http://ebook5s.blogspot.com/ Jom layan...

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...