Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Isnin, 20 Februari 2012

5S - Logo Pensijilan 5S MPC

Berikut Logo Standard 5S MPC yang telah KyRe@TiF lukis semula, kepada yang berminat untuk dapatkan softcopy boleh le emel ke sukses_5s@yahoo.com
Setiap agensi atau zone akan mempunyai Logo 5S nya tersendiri, seperti yang pernah dibincangkan sebelum ini di post : 5S - Keperluan Logo . Cuma KyRe@TiF nak cadangkan disini kepada semua pengamal-pengamal 5S/QE kita gunakan 1 logo yang seragam (seperti rajah: Logo 5S MPC) apabila kita/ agensi telah memperolehi Pensijilan 5S dari MPC.
 
Dengan cara atau kaedah ini, apabila kita terpandang logo 5S ini, maka kita dah tahu kawasan ini telah diiktiraf oleh MPC sebagai lulus dan disyorkan Pensijilan 5S!! Amacam setujuk tak? Logo Standard 5S MCP ini kita boleh letak di Web, Kaki Surat Rasmi, Bangunan dan sebagainya. Seperti yang kita amalkan bila dapat pengiktirafan ISO, SIRIM, Halal dan sebagainya. Untuk membuktikan ia 'sah' kita letak Nombor Sijil dibawah logo berkenaan.. Baru le seragam...
 
Mungkin MPC boleh pertimbangkan cadangan ini.. Seragamkan Semua Supaya Senang & Sempurna!!!

Nota: CONTOH jika Logo 5S MPC diletakkan sebagai 'pengiktirafan' kualiti di agensi:
Hanya CONTOH sahaja


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...