Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Jumaat, 17 Februari 2012

5S - JAIM Terus Sukses!!


Tahniah sekali lagi kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) atas berterusan kejayaan Pensijilan Semula Amalan 5S/QE MPC pada Januari 2012 yang lalu. Pelbagai penambahbaikan telah dilaksanakan bagi mencapai pensijilan yang berikutnya ini. En.Shahrir selaku JK Promosi 5S di JAIM telah berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian akan pelaksanaan yang dibuat terutamanya perananan Jawatankuasa Promosi dalam bersama-sama menyemarakkan lagi semangat warga JAIM untuk 'Sentiasa Amal' mereka.

Antara Pelaksanaan JK Promosi JAIM adalah :
  1. Kempen Amalkan 15 minit Sebelum dan Selepas
  2. Poster Kempen Sukses 5S
  3. Mengwujudkan Akaun Facebook "Sistem 5S JAIM"
  4. Poster Jom Jimat!

*Nota: Sementara itu, semasa KyRe@TiF buat carian 5S JAIM, rupa-rupanya berita mengenai JAIM melaksanakan Amalan 5S ini telah mendapat liputan Akhbar Berita Harian pada bulan Ogos 2010: Berikut sedutan berita berkenaan: 
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Melaka & Negeri Sembilan: JAIM lancar program 5S

2010/08/04
MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) komited mewujudkan persekitaran berkualiti di tempat kerja dengan melancarkan program 5S iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal untuk semua kakitangannya. 
Pengarah JAIM, Sulaiman Harmain Shah berkata, langkah itu bertujuan memperoleh suasana kerja yang ceria dan harmoni, selain bagi menjamin kualiti perkhidmatan terbaik dan pemangkin kepada peningkatan produktiviti pekerja.
Selain itu, katanya, ia juga untuk memastikan setiap kos dapat dijimatkan sekali gus mengelakkan pembaziran serta mewujudkan suasana kerja yang kondusif.
“Amalan 5S ini adalah langkah yang tepat diambil selepas JAIM memperoleh sijil ISO9000. Kini kita menyasarkan untuk memperoleh sijil berkenaan daripada Perbadanan Produktiviti Negara (MPC) dalam tempoh enam bulan ini. 
“Saya percaya perkara ini mudah dilakukan, tetapi susah untuk diamalkan. Oleh itu, bermula dengan pelancaran ini, saya berharap ia akan menjadi kayu pengukur kepada semua kakitangan bagi menguruskan persekitaran di tempat kerja masing-masing,” katanya pada majlis berkenaan di Auditorium Masjid Al-Azim, dekat sini. 
Sempena majlis itu, taklimat mengenai amalan 5S turut disampaikan oleh Pengarah Bahagian Latihan MPC, Mustafa Sufaat. Ia dihadiri kira-kira 500 kakitangan, guru sekolah rendah agama dan guru tadika di bawah kelolaan JAIM. 
Sulaiman berkata, budaya dan amalan 5S itu akan dilaksanakan secara berperingkat di semua agensi di bawah jabatan itu supaya semuanya akan memperoleh sijil daripada MPC

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...