Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Khamis, 27 Mac 2014

Taklimat 8S @ UM Siri 1/2014

Taklimat Amalan 8S : SALAM> SAYANG> SEGAK> SEGERA> SEMPURNA> SENSETIF> SENYUM> SOPAN


17-18 Mac 2014, Wisma R&D Universiti Malaya, Kuala Lumpur : Taklimat 8S diteruskan lagi bagi tahun 2014 dengan siri pertama 1/2014 telah diadakan pada pertengahan bulan Mac yang lalu.
Pada kali ini penyertaan dari warga UM amat menggalakkan dan hampir 60 peserta telah berjaya menghadiri taklimat dua hari ini. Sebanyak 6 kumpulan telah dibentuk dengan menamakan kumpulan mereka kumpulan SENSASI, SUKSES, SENANG2 JE, SYOK SENDIRI, SEMPOI dan SELMBER JER.. . Mereka telah menyempurnakan tugasan Amalan 5S @ Home dan Amalan 5S @ Wisma R&D UM dengan baik dan dibentangkan dengan style masing-masing.

Pembentangan Kumpulan SELAMBER JE...
Game ' SALAM' yang menceriakan


Aktiviti kumpulan menyiapkan tugasan yang diberi (Kump. SENSASI)

Kumpulan SUKSES membentangkan Amalan 8S @ Wisma RnD

Pelbagai jenis SALAM muncul...
Warga UM yang terdiri daripada staff/kakitangan yang berlainan latar belakang bidang memberi maklum balas positif akan taklimat ini , dan aktivit berkumpulan / perbentangan berjalan dengan sukses nya. Semoga ilmu yang di sampaikan oleh tenaga pengajar Encik Yacob Abas akan dipratikakan di tempat tugas masing-masing..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...