Selamat menyambut Hari Malaysia dan yang paling best Selamat Bercuti, Selamat Ber'Open House'..hi2 (maklumle bulan raya lagi...).. Semoga Negara Kita Aman Sejahtera, Kedaulatan Terpelihara, Rakyat Berjaya..
Blog Sukses 5S
"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<
Jumaat, 16 September 2011
Ahad, 11 September 2011
5S - Lawatan 5S Jabatan Perkhidmatan Verterina (DVS)
Pada 8 September 2011 yang lalu, satu lawatan ringkas oleh sebahagian pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) ke Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) telah dilaksanakan. Lawatan yang diketuai oleh Dr.Wan Kamil ini diberi penerangan dan lawatan ringkas berkenaan amalan pelaksanaan 5S/QE di agensi berkenaan. Semoga DVS mendapat munafaat dan idea dari lawatan yang ringkas ini dalam merealisasikan amalan 5S di tempat mereka. Berikut antara gambar yang sempat dirakam. Sukses selalu.
Sabtu, 10 September 2011
Faedah Pelaksanaan Amalan 5S
Dalam kita melaksanakan Amalan 5S/QE, terdapat banyak faedahnya. Seperti yang pernah dinyatakan dahulu, konsep atau fokus 5K itu, membawa banyak tujuan dan kebaikannya. Antara kesan positif amalan 5S ini adalah kepada pengurusan organisasi itu tersendiri. Berikut adalah faedah-faedah amalan 5S yang diperolehi dari sumber Buku Panduan Amalan 5S Sektor Awam MAMPU :
![]() |
| Faedah Pelaksanaan Amalan 5S : MAMPU |
- Meningkatkan imej korporatJabatan/Agensi
- Mengurangkan rungutan pelanggan
- Meningkatkan semangat kerja berpasukan
- Penggunaan ruang kerja yang optimum
- Memudahkan urusan penyelenggaraan
- Mewujudkan piawaian kerja yang jelas
- Kawalan stok/inventori lebih berkesan
- Mengurangkan kos
- Tempat kerja lebih bersih, kemas dan rapi
- Persekitaran tempat kerja lebih selamat
Khamis, 8 September 2011
5S Selepas Raya!!
Dah 10 hari kita beraya, time paling best Hari Raya Aidilfitri ni adalah dalam hari pertama hingga ke-3 jee..pastu dah 'suam-suam' kuku, time terasa raya kembali, bila ada orang buat open house, jamuan raya dan yang seumpama dengannya. Kat sini KyRe@tiF nak huraikan sikit apa dia 5S SELEPAS Raya!!
- SENGKEK : Biasa lah, dah lepas raya, baru terasa 'sengkek' nya..duit dah abis masa persiapan sebelum raya, (tak ingat masa beli kuih raya, baju raya, duit raya dll), bonus dah abis, gaji lambat lagi..huhuhuhu!
- SERBU : Bila time sengkek ni le, pantang dengo orang buat 'open house' abis diserbu nya.. sampai jadual penuh dengan panggilan rumah terbuka, tapi masih larat lagi nak 'serbu' rumah yang seterusnya. Bak kata orang..'rezeki jangan ditolak' dan 'dah orang jemput, wajib datang'..hihihihi!
- SELERAK : Sebelum raya, rumah berseri-seri, tersusun rapi, siap beli baru meja kerusi, takde habuk walaupun seinci.. tapi lepas raya..emmmm 'Selerak' le rumah tu kembali.. kuang kuang kuang!
- SOROK : Ini kepada yang buat hutang time nak raya, bila lepas raya, dah start 'sorok-sorok' muka, tak keluar rumah, buat-buat lupa nak bayar hutang.. yang hutang beli barang, perabot, kete dan start sorok benda-benda berkenaan... ish ish ish!
- SERDAK : Yang ini paling best, masa time raya, tak pandang kuih-kuih raya tu pun. Bila dah lepas raya..habis semua 'serdak' dalam bekas kuih tu di carinya..time ni le, serdak kuih raya tu rasa sedap sangat.. hahahaha!
![]() |
| SENGKEK lee broo.. |
Langgan:
Catatan (Atom)







