Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Saturday, September 10, 2011

Faedah Pelaksanaan Amalan 5S

Dalam kita melaksanakan Amalan 5S/QE, terdapat banyak faedahnya. Seperti yang pernah dinyatakan dahulu, konsep atau fokus 5K itu, membawa banyak tujuan dan kebaikannya. Antara kesan positif amalan 5S ini adalah kepada pengurusan organisasi itu tersendiri. Berikut adalah faedah-faedah amalan 5S yang diperolehi dari sumber Buku Panduan Amalan 5S Sektor Awam MAMPU :
Faedah Pelaksanaan Amalan 5S : MAMPU
    1. Meningkatkan imej korporatJabatan/Agensi
    2. Mengurangkan rungutan pelanggan
    3. Meningkatkan semangat kerja berpasukan
    4. Penggunaan ruang kerja yang optimum
    5. Memudahkan urusan penyelenggaraan
    6. Mewujudkan piawaian kerja yang jelas
    7. Kawalan stok/inventori lebih berkesan
    8. Mengurangkan kos
    9. Tempat kerja lebih bersih, kemas dan rapi
    10. Persekitaran tempat kerja lebih selamat

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...