Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Khamis, 8 September 2011

5S Selepas Raya!!

Dah 10 hari kita beraya, time paling best Hari Raya Aidilfitri ni adalah dalam hari pertama hingga ke-3 jee..pastu dah 'suam-suam' kuku, time terasa raya kembali, bila ada orang buat open house, jamuan raya dan yang seumpama dengannya. Kat sini KyRe@tiF nak huraikan sikit apa dia 5S SELEPAS Raya!!
  1. SENGKEK : Biasa lah, dah lepas raya, baru terasa 'sengkek' nya..duit dah abis masa  persiapan sebelum raya, (tak ingat masa beli kuih raya, baju raya, duit raya dll), bonus dah abis, gaji lambat lagi..huhuhuhu!
  2. SERBU : Bila time sengkek ni le, pantang dengo orang buat 'open house' abis diserbu nya.. sampai jadual penuh dengan panggilan rumah terbuka, tapi masih larat lagi nak 'serbu' rumah yang seterusnya. Bak kata orang..'rezeki jangan ditolak' dan 'dah orang jemput, wajib datang'..hihihihi!
  3. SELERAK : Sebelum raya, rumah berseri-seri, tersusun rapi, siap beli baru meja kerusi, takde habuk walaupun seinci.. tapi lepas raya..emmmm 'Selerak' le rumah tu kembali.. kuang kuang kuang!
  4. SOROK : Ini kepada yang buat hutang time nak raya, bila lepas raya, dah start 'sorok-sorok' muka, tak keluar rumah, buat-buat lupa nak bayar hutang.. yang hutang beli barang, perabot, kete dan start sorok benda-benda berkenaan... ish ish ish!
  5. SERDAK : Yang ini paling best, masa time raya, tak pandang kuih-kuih raya tu pun. Bila dah lepas raya..habis semua 'serdak' dalam bekas kuih tu di carinya..time ni le, serdak kuih raya tu rasa sedap sangat.. hahahaha!

SENGKEK lee broo..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...