Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Khamis, 19 Januari 2012

KREATIF - Olimpik Robot Dunia 2012 @ Kuala Lumpur


Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan pelajar SMK USJ 4, Lee Kai Cen (tiga dari kanan), Nicholas Goon Choong Ming dan Parvin Suthan (dua dari kiri) pada pra pelancaran Kuala Lumpur World Robot Olympiad (WRO) 2012 dan pelancaran laman web rasmi WRO 2012 di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Dr. Wee Ka Siong (belakang tengah), Abdul Ghafar Mahmud (kiri) dan Pengarah Urusan Sasbadi Sdn. Bhd., Law King Hui (kanan). - BERNAMA
Sumber: Utusan Malaysia
PUTRAJAYA 18 Jan. - Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah kejohanan Olimpik Robot Dunia (WRO) 2012 bertemakan Nurturing 21st Century Skills yang bakal berlangsung pada 9 hingga 12 November depan.
Sebanyak 400 pasukan dari 40 buah negara di seluruh dunia dijangka menyertai kejohanan yang berupaya meningkatkan minat para pelajar terhadap sains dan teknologi, robotik serta teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).
Acara tahunan sejak 2004 itu memberi peluang kepada peserta meningkatkan kemampuan diri dengan menggunakan teknologi secara inovatif dan kreatif dalam penyelesaian masalah.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran menyempurnakan majlis pra pelancaran WRO 2012 dan pelancaran laman web rasmi www.wro2012.org di sini hari ini.

Selanjutnya...

Isnin, 16 Januari 2012

5S - Apa dia KAIZEN?

KAIZE? apakah ia.. kita selalu dengan perkataan ini dalam melaksanakan Amalan 5S/QE.. tetapi tahukah anda secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan Kaizen ini. Ok, kali ini KyRe@tiF nak berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian berkenaan perkara ini hasil sumber-sumber tertentu.
Kaizen merupakan perkataan dari Bahasa Jepun yang membawa maksud 'Penambahbaikan Berterusan'. Iaitu dari dua suku kata KAI (Ubah) dan ZEN (Baik). Selalu kita nyatakan dalam 5S kita perlu Kaizen, iaini jangan asik ditakuk lama sahaja. Contoh, bila dah dapat sijil 5S tahun pertama.. selepas itu Amalan 5S nya semakin berkurangan, bila nak masuk pensijilan ke-2 baru semangat kembali (itu pun sebab nak kekalkan sijil sedia ada).. emmm. kalau macam ni le yang kita amalkan..tiada makna kita dengan program persekitaran berkualiti yang kita war-war kan. Ertikata lain, ada penambahbaikan yang berterusan yang kita laksanakan adalan pelaksanaan 5S kita. Jika dulu 'label' tidak seragam, kini dengan idea baru, kos jimat, nampak menarik dll, maka terhasil 'label' yang seragam dan kemas.

Seterusnya dalam kita meningkatkan produktiviti, ada 2 perkara yang selalu ditekankan iaitu KAIZEN dan INOVASI. 2 Perkara ini membawa maksud yang hampir sama, iaitu 'Penambahbaikan', tetapi ia berbeza.. Apakah perbezaannya? :-
  • KAIZEN : Pendekatan secara perlahan. Ianya merupakan pendekatan penambahbaikan berterusan. Pendekatan ini banyak digunapakai di dalam aktiviti 5S.
  • INOVASI : Pendekatan secara mendadak. Merupakan pendekatan yang agak cepat.
Pendekatan kedua-duanya adalah sebagai panduan yang boleh diikuti. Ianya terpulang kepada organisasi untuk menggunkan cara yang bersesuaian dengan budaya kualiti masing-masing. Secara ringkas, berikut adalah beberapa perbezaan antara KAIZEN dan INOVASI :
Semoga perkongsian ini dapat memberi penjelasan kepada kita apa itu Kaizen (yang selalu kita cakap-cakap, tetapi tidak tahu maksudnya). Oklah, Jom tingkatkan produktiviti dengan amalan Kaizen dan Inovasi.. sukses selalu...

Selanjutnya...

Jumaat, 13 Januari 2012

SIHAT - Jom Berhenti Merokok

Jom Berhenti Merokok!! adalah satu kempen dari KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), Poster yang diterbitkan oleh KKM ini banyak terdapat di Hospital atau Klinik kerajaan dengan tips yang dikenali sebagai "12M Petua Mengatasi Keinginan Merokok". Jom kita lihat satu persatu apa 12M berkenaan:
  1. MELENGAH-LENGAHKAN - Tunggu 5 minit atau katakan nanti dahulu
  2. MENARIK NAFAS PANJANG - Tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan
  3. MINUM AIR - Minum air masak, elakkan minuman berkafien
  4. MENYIBUKKAN DIRI - Buat sesuatu bagi mengalihkan fikiran untuk melupakan rokok
  5. MENJAUHKAN DIRI - Dari tempat orang merokok
  6. MENGELAKKAN DIRI - Dari suasana atau tempat orang merokok
  7. MENGUNYAH SESUATU - Seperti gula-gula atau buahan, elakkan yang manis
  8. MEMBASUH TANGAN
  9. MANDI DENGAN KERAP
  10. MEREGANGKAN OTOT - Melakukan senaman ringan apabila rasa nak rokok
  11. MEDITASI
  12. MEMOHON DOA - Berdoa agar dikuatkan iman dan  tingkatkan usaha
Sekian Semoga Sihat-Sihat Selalu, Sejahtera Sentiasa!!


Selanjutnya...

Khamis, 12 Januari 2012

5S - Pengiktirafan 5S pada Beras!

Baru-baru ini, KyRe@tiF pergi ke gedung belibelah untuk beli barang-barang keperluan rumah. Masa nak beli beras tu, terpandang le satu logo 5S!.. Belek punya belek, terdapat logo atau pengiktirafan Amalan 5S kepada pihak BERNAS (Padiberas Nasional Berhad), pada kampit beras berkenaan. Dalam pemerhatian, hanya jenama FAIZA sahaja yang menampilkan logo 5S ini di kampit beras syarikatnya. Satu strategik yang berkesan, kerana KyRe@tiF terus beli beras berkenaan kerana ada logo 5S..hahahaha. Lepas ni, syarikat beras yang lain pun digalakkan letak logo 5S lee (sebab ia dibawah BERNAS). Ini bermaksud pelaksanaan Amalan 5S/QE yang diiktiraf adalah salah satu standard menunjukkan kualiti sesebuah organisasi. Mungkin selepas ini, KyRe@tiF nak mencadangkan agar MPC mengeluarkan satu logo 5S MPC yang standard untuk membuktikan pengiktirafan amalan berkenaan seperti logo-logo standard kualiti yang biasa kita lihat seperti pengiktirafan ISO, SIRIM mahupun seperti logo HALAL. Apalagi jom makan beras 5S!!
Logo 5S Bernas bersama logo Halal dan ISO 9001
Beras Faiza Emas bersama logo 5S Bernas
Beras Bunga Raya Faiza bersama logo 5S Bernas
Hasil tinjuaan, didapati BERNAS telah memperolehi pengiktirafan Amalan 5S pada tahun 2002 dan keratan berita berkenaan Anugerah 5S di BERNAS terdapat di Laporan Tahunan BERNAS 2002 (boleh merujuk kepada link berkenaan : http://padiberas.listedcompany.com/misc/ar2002.pdf)


Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...