Blog Sukses 5S
"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<
Jumaat, 7 November 2014
Khamis, 30 Oktober 2014
HARIAN METRO : 5 MINIT SAHAJA
Berikut keratan akhbar Harian Metro (21 Oktober 2014) berkenaan aktiviti dalam pelaksanaan Amalan 5S di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), dengan tajuk 5 Minit Saja...
5 minit saja
Satu siri 'Kempen 5S' mengisi program perhimpunan bulanan anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi memupuk kesedaran dan motivasi dalam kalangan anggotanya mengenai amalan Konsep 5S.
Bertempat di Dewan Tan Sri Abu Zahar, Menara LPP, Jalan Sultan Salahuddin, program gotong-royong perdana itu dihadiri lebih 400 kakitangan pelbagai jawatan.
Pelbagai acara diaturkan antaranya, Gimik Pelancaran Kempen Amalan 5S '5 Minit Selepas Waktu Kerja' dan Penyampaian Anugerah Tokoh Bulanan.
Turut diadakan aktiviti penyampaian kit peralatan gotong-royong, tayangan video LPP dan amalan 5S. Majlis itu disempurnakan Pengerusi LPP, Datuk Zainal Dahalan. Hadir sama, Ketua Pengarahnya, Datuk Arpan Shah Satu.
Kempen itu bagi memupuk kesedaran anggota LPP termasuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) untuk mengamalkan Konsep 5S.
Setiap peserta dikehendaki menjadikan 5S sebagai amalan harian dengan memperuntukkan kira-kira lima minit sebelum pulang membersihkan ruang masing-masing.
Amalan 5S adalah alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima lima langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan 'S'.
Ia bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun diringkaskan menjadi 5S.
Perkataan itu diterjemahkan semula ke dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.
Amalan 5S adalah budaya memilih cara kerja yang lebih sesuai dan menghasilkan impak yang lebih praktikal melalui persekitaran kerja yang kondusif.
Di Malaysia, konsep Amalan 5S mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980-an dan dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat multinasional.
Kini banyak agensi perkhidmatan awam mengamalkan Amalan 5S malah ada yang mendapat pengiktirafan menerusi persijilan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Sumber Harian Metro : See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3129?m=1#sthash.zuQeAwh3.dpuf > sab@hmetro.com.my
Selanjutnya...
Selasa, 14 Oktober 2014
KREATIF : Trek atas Bumbung
Trek atas bumbung : Oleh kerana kekurangan tanah untuk buat balapan/trek, maka dengan kreatifnya sebuah sekolah di China, dibuat Trek nya atas bumbung..
Kalau nak PJ (Pendidikan Jasmani), kena naik tingkat atas. Kreatif juga idea mcm ni.. Ada berani buat sekolah macam ni?

SUMBER :
Selanjutnya...

SEBUAH sekolah rendah di Tintai di wilayah Zhejiang, China terpaksa membina trek olahraga di atas bumbung kerana kekurangan tanah di sekitar sekolah itu.
Guru Besar sekolah tersebut, Qiu Tianguo berkata, pembinaan trek 200 meter itu adalah untuk memenuhi keperluan 1,600 pelajar untuk subjek pendidikan jasmani lapor Daily Mail. Bagi memastikan keselamatan pelajar, ia dibina dengan tiga lapisan pelindung di mana lapisan paling luar adalah dinding kaca setinggi 1.8 meter, dan bahagian paling dalam berdekatan trek setinggi 1.2 meter.
Selain itu, terdapat juga beberapa kamera pengawasan bagi memantau aktiviti pelajar.
Menurut ketua arkitek Ruan Hao, keadaan atas tanah yang terhad tidak memberi ruang cukup kepada pelajar untuk membuat latihan di luar kelas. Justeru pihaknya memilih untuk mencuba konsep baharu iaitu taman permainan dan trek tidak semestinya berada di atas tanah. Reka bentuk berkenaan telah mendapat pengiktirafan di seluruh dunia setelah mewakili China ke Pameran Senibina Vanice ke-14 tahun ini

Akhbar SINAR HARIAN : 14.10.2014
Rabu, 8 Oktober 2014
KREATIF : Cipta Logo & Slogan KPWKM
PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO & SLOGAN KPWKM 2014
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang menganjurkan pertandingan mencipta logo baru dan slogan Kementeriannya bermula 1 hingga 31 Oktober ini.
Pertandingan ini bertujuan memperkasakan imej korporat, reputasi dan kredibiliti KPWKM dalam membentuk masyarakat Malaysia yang sejahtera dalam usaha penjenamaan semula Kementerian ini.
Semua warganegara Malaysia yang berbakat adalah dijemput untuk menyertai pertandingan ini. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti dalam poster dibawah, atau layarai laman web http://www.kpwkm.gov.my/ atau dalam akhbar tempatan (kosmo 5 Oktober 2014)

Langgan:
Catatan (Atom)