Blog Sukses 5S
"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<
Rabu, 31 Ogos 2011
Isnin, 29 Ogos 2011
SALAM AIDILFITRI @ 1432 H
1, 2, 3, 4
SeLaMaT MaKaN KeTuPaT
5, 6, 7, 8
MoHoN AmPuN & KeMaaFaN
9, 10 hingga 100
Dari KyRe@tiF iKhLaS & TuLuS
KyRe@tiF mengucapkan Selamat Balik Kampung dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon kemaafan dari hamba yang hina ini jika ada silap salah dalam penulisan, penerbitan, pengkaryaan bagi blog SUKSES 5S ini, kepada family, sahabat handai, dan semua pembaca blog ini Maaf Zahir dan Batin..
Selanjutnya...
Jumaat, 26 Ogos 2011
SELAMAT - Tips Keselamatan Sebelum Balik Kampung @ Hari Raya :)
![]() |
| Baner Peringatan Agar Mengisi Borang Balik Kampung @ PDRM |
Lagi berapa hari lagi kita nak menyambut hari raya Aidilfitri, maka agenda 'Balik Kampung' adalah yang utama dalam hendak menyambut hari lebaran ini. Tetapi kita kena ingat , sebelum nak balik kampung..langkah-langkah keselamatan perlu diutamakan sebelum, semasa dan selepas berhari raya. Disini KyRe@tiF nak kongsi serba sedikit tips '5S' sebelum balik kampung:
- SERAH borang balik kampung yang boleh didapati di Balai Polis berhampiran dengan mengisi maklumat yang diminta. Ini bertujuan untuk pemantauan pihak PDRM akan kawasan perumahan kita.
- SEBAR maklumat nak balik kampung ini kepada jiran-jiran yang tidak balik kampung, untuk jenguk-jenguk rumah kita dan bagitahu berapa hari kita bercuti.
- SERVIC kenderaan anda sebelum balik kampung, semoga tiada perkara yang tidak diingini berlaku dan semasa memandu kita rasa lebih yakin.
- SECURITY tambahan, carilah ikhtiar untuk menggandakan keselamatan kawasan perumahan kita dengan mengupah pengawal keselamatan, memasang pagar dawai, buat kunci/mangga tambahan, pasang CCTV (jika mampu le), pasang Alarm dan lain-lain lagi.
- SIDAI pakaian diampaian - konon-konon ada le orang di rumah, tetapi ingat!! jangan menggunakan penyidai pakaian yang jenis beroda, ini kerana ia boleh menutup pandangan gril/pintu anda (ini akan memudahkan 'pencuri' buat kerja di sebalik penyidai berkenaan)
![]() |
| Hati-hati dengan menyidai pakaian di ampaian beroda di luar rumah! |
| Borang Balik Kampung (Boleh download di www.cops.org.com) |
Akhir kata, KyRe@tiF mengucapkan Selamat Balik Kampung, Pandu Cermat dan Ingatlah orang yang tersayang!!
Selanjutnya...
Isnin, 22 Ogos 2011
5S - Label @ Tangga
Apa lagi yang boleh kita buat kat tangga dalam nak me'label' bagi konsep Amalan 5S?.. Kadang-kadang dah takde idea sangat, kita sekadar hiasi sahaja dengan meletak pasu bunga, poster dan sebagainya. Disini KyRe@tiF nak berkongsi sedikit idea dari pengamatan tinjauan 5S/QE di beberapa tempat. Antaranya penambahbaikan Label @ Tangga adalah:
- Meletakkan Penunjuk Arah lokasi seterusnya (Tinggkat Atas ke mana & Tinggat Bawah ke mana)
- Membahagikan arah laluan tangga itu kepada 2, iaitu TURUN dan NAIK
- Meletakan Label 'AWAS' atau Line Kuning, sebagai tanda Berhati-hati dalam melangkah di anak tangga.
- Meletakkan Poster yang berkenaan dengan penggunaan tangga. Seperti yang telah ceritakan dalam post sebelum ini:
| Label Anak Panah NAIK dan TURUN serta label AWAS |
| Poster Peringatan agar berhati-hati menggunakan tangga |
| Penunjuk Arah bagi lokasi yang seterusnya |
Langgan:
Catatan (Atom)





