|
Baner Peringatan Agar Mengisi Borang Balik Kampung @ PDRM |
Lagi berapa hari lagi kita nak menyambut hari raya Aidilfitri, maka agenda 'Balik Kampung' adalah yang utama dalam hendak menyambut hari lebaran ini. Tetapi kita kena ingat , sebelum nak balik kampung..langkah-langkah keselamatan perlu diutamakan sebelum, semasa dan selepas berhari raya. Disini KyRe@tiF nak kongsi serba sedikit tips '5S' sebelum balik kampung:
- SERAH borang balik kampung yang boleh didapati di Balai Polis berhampiran dengan mengisi maklumat yang diminta. Ini bertujuan untuk pemantauan pihak PDRM akan kawasan perumahan kita.
- SEBAR maklumat nak balik kampung ini kepada jiran-jiran yang tidak balik kampung, untuk jenguk-jenguk rumah kita dan bagitahu berapa hari kita bercuti.
- SERVIC kenderaan anda sebelum balik kampung, semoga tiada perkara yang tidak diingini berlaku dan semasa memandu kita rasa lebih yakin.
- SECURITY tambahan, carilah ikhtiar untuk menggandakan keselamatan kawasan perumahan kita dengan mengupah pengawal keselamatan, memasang pagar dawai, buat kunci/mangga tambahan, pasang CCTV (jika mampu le), pasang Alarm dan lain-lain lagi.
- SIDAI pakaian diampaian - konon-konon ada le orang di rumah, tetapi ingat!! jangan menggunakan penyidai pakaian yang jenis beroda, ini kerana ia boleh menutup pandangan gril/pintu anda (ini akan memudahkan 'pencuri' buat kerja di sebalik penyidai berkenaan)
|
Hati-hati dengan menyidai pakaian di ampaian beroda di luar rumah! |
Akhir kata, KyRe@tiF mengucapkan Selamat Balik Kampung, Pandu Cermat dan Ingatlah orang yang tersayang!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan